Hukum Shariah berkenaan kad mesra.
Kad ini adalah harus dan halal digunakan kerana tiada sebarang elemen judi berlaku, ini kerana pihak pemegang kad tidak membayar satu sen pun bagi memiliki kad ini. Ia adalah selari dengan keputusan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia yang membenrakan kad diskaun yang tidak mengenakan sebarang caj kepada pelanggan atau juga yang mengenakan caj minima harga sekeping kad plastic seperti hanya RM 10 setahun.
Kedua-dua jenis kad sebegini adalah halal. Kad mesra juga tidak ada unsure gharar, kerana ia sepenuhnya berdasarkan hadiah atau tabbaru' dari pihak Petronas kepada pelanggannya demi menarik orang ramai mengisi minyak dengannya. Dan pemegang kad juga tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan ketika mengisi minyak. Ini sekali lagi halal dalam Islam tanpa khilaf.
Adapun cabutan yang dibuat untuk mendapat kereta atau tidak, ia juga halal kerana pelanggan dikira tidak membayar apa-apa untuk mendapatkannya. Duit minyak yang diisi adalah untuk pembelian normal minyak dan BUKANNYA seperti yuran untuk memperolehi hak cabutan atau menang semata-mata.
Sistem mata yang terkumpul melayakkan mendapat hadiah tertentu juga tiada sebarang masalah Shariah. Wallahu ‘alam.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
12 Jun 2007

No comments:
Post a Comment
Please give some comment to this post if you like it...!