HARI CERIA: Abdullah memilih Jeanne kerana perwatakannya serasi,
bersikap sederhana dan pandai membawa diri.
bersikap sederhana dan pandai membawa diri.
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memilih bekas Pengurus Kompleks Seri Perdana, Jeanne Abdullah, 53, sebagai pasangan hidup yang akan dinikahinya pada satu majlis sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, Sabtu ini.
Jeanne, anak sulung daripada empat beradik dan dilahirkan di sini pada 29 Julai 1953 ialah bekas adik ipar Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud. Beliau yang berpisah dengan suaminya sejak 15 tahun lalu, mempunyai dua anak – Nadiah dan Nadene.
Perdana Menteri, pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) 2007, di sini, petang semalam berkata, beliau memilih Jeanne kerana perwatakannya serasi, bersikap sederhana dan pandai membawa diri.
“Saya sudah mengenalinya kira-kira 20 tahun dan dia sebenarnya keluarga, adik ipar Kak Endon apabila Jeanne berkahwin dengan adik arwah Endon tetapi dah berpisah sejak lebih 15 tahun lalu. Namun saya dapati dia cukup sederhana, peramah dan pandai melayan orang yang datang ke rumah saya.
“Sepanjang saya mengenalinya, dia tidak pernah menimbulkan rasa marah kepada kita, dia pandai membawa diri dengan baik dan elok. Jadi, sifat begitu pada saya adalah baik,” katanya di depan kira-kira 80 wartawan termasuk dari agensi berita asing.
Pengumuman mengenai tarikh pernikahan itu, yang akan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya, dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan diedarkan kepada media tengah hari semalam. Berikutan itu, majlis yang dihadiri Abdullah petang semalam menjadi tumpuan wartawan.
Sebaik memasuki bilik sidang media pada jam 5.20 petang, Perdana Menteri yang kelihatan riang, secara berjenaka bertanya mengapa begitu ramai wartawan membuat liputan majlis itu, menyebabkan suasana riuh rendah dan gelak ketawa.
Hampir keseluruhan sidang media selama 30 minit itu berkisar kepada soal pernikahannya termasuk soalan mengenai Allahyarham Endon yang meninggal dunia pada 20 Oktober 2005 akibat kanser payu dara.
Mereka mempunyai dua anak - Kamaluddin dan Nori.
Kenyataan Pejabat Perdana Menteri menyebut, Jeanne menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.
Dalam sidang media itu, Abdullah menegaskan kasihnya terhadap Allahyarham Endon akan terus kekal abadi dalam ingatannya.
“Kasih dan cinta saya pada Kak Endon tetap teguh. Tuhan menciptakan banyak ruang dalam hati sanubari kita bagi berlainan orang untuk disayangi. Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah,” katanya.
Berikutan adalah soal jawab wartawan dengan Abdullah dalam sidang media itu:

Abdullah: Alhamdulillah, saya rasa gembira, syukur kepada Allah SWT kerana orang pilihan saya itu telah mendapat restu daripada anak-anak saya dan juga adik-adik saya. Mudah-mudahan hari yang telah ditetapkan itu, akan diadakan nanti, insya-Allah, majlis akad nikah.
Abdullah: Sabtu cuti, senanglah orang nak datang.
Abdullah: (Ketawa)... tak rancang pun lagi, belum, belum. Nak kena bincang dengan orang yang berkenaan.
Abdullah: (senyum)... dah lama dah sebab Jeanne adalah adik ipar Allahyarham Kak Endon.
Abdullah: Saya ingin mengingati bila, saya cuba ingat bila.... saya pun tak ingat lagi dah
Abdullah: (senyum) Oh yang tu ke... sebab ada hatikan. Saya ingat dia boleh jaga sayalah, boleh jadi teman sayalah.
Abdullah: Yalah... itu khabar angin. Bagaimanapun, perkara ini mengambil masa. Saya terpaksa berunding dengan anak-anak, adik-adik tanya. Lepas itu nak cari masa pula, saya terlalu sibuk sana sini. Itulah sebabnya.
Abdullah: Tak ada, orang tua kahwin.. (gelak)
Abdullah: Itu belum lagi, nantilah. Banyak kawan-kawan nak jumpa.
Abdullah: Pertamanya, dia adalah orang yang cukup sederhana dan peramah juga kalau orang nak bercakap dengan dia. Dari segi... kalau nak ambil kira hubungan dia dengan orang yang datang ke rumah saya, dulu masa Kak Endon ada, dialah yang sentiasa menyambut kawan-kawan dan tetamu yang datang kerana ada mesyuarat dengan saya atau ada juga kadang-kadang pelawat dari luar negara, kawan dari luar negara, pegawai kerajaan. Jadi apabila semua orang ini datang, yang menjemput mereka di mana nak duduk, tanya apa nak minum, itulah peranan dilakukannya... macam Kak Endon juga. Rumah itu besar dan orang datang pun ramai. Di samping itu juga, ada masa perlu diadakan jamuan sama ada kecil atau besar, itu pun dia juga yang menguruskannya seperti mencari katerer, menentukan menu dan akan susun meja, kerusi semua. Jadi saya tengok dia dapat membawa diri dengan baik dan elok. Tidak ada apa-apa yang berlaku (menyebabkan) saya rasa nak marah ke apa. Jadi, sifat begitu pada saya adalah baik.
Abdullah: Kenal dah lama dah. Boleh jadi 20 tahun.
Abdullah: (gelak)... baru-barulah
Abdullah: (senyum)... kurang sikit
Abdullah: Tak ada, tak ada.... simple saja. Ini bukan nak kahwin kali pertama. Tak payah hantaran banyak-banyak.
Abdullah: Terima dah, kalau tak terima hari ini tak jadilah.
Abdullah: Memang pun... dia sebenarnya keluarga sebab seperti yang saya katakan tadi, dia adik ipar Kak Endon, kahwin dengan adik lelaki Kak Endon, tetapi dah pun berpisah, dah lebih 15 tahun lamanya, bukan baru.
Abdullah: Memang pun, kalau tidak Kak Endon tak suruh datang ke rumah untuk bekerja dengan dia dan diberi beberapa tanggungjawab dan dia perlulah laksanakan di rumah itu.
Abdullah: Kak Endon tak adalah kata wasiat.
Abdullah: (Gelak)... Itu pun dia tak kata.
Abdullah: Ya, lebih sederhana. Yang pertama (perkahwinan) tu, besarlah. Lepas itu kali kedua, kecil.... kali ketiga lain sikit, empat lain sikit (gelak).... ketiga, keempat tak ada dah. Kita henti setakat dua (gelak).
Abdullah: Belum ada rancangan cuti sebab lepas itu ada kerja. Saya nak pergi lawatan rasmi ke luar negara.
Abdullah: Bawa sekalilah... dah ada teman (gelak).... ehh itu pun nak tanya (gelak lagi).
Abdullah: Baik, baik, baik. Tak ada masalah.
Abdullah: Selepas ini seperti biasa, saya akan pergi membuat lawatan, pergi ke merata tempat seluruh Semenanjung, Sabah dan juga Sarawak. Ada program yang saya pergi kerana dijemput untuk rasmi itu dan rasmi ini. Jadi masa pergi itu, bolehlah bawa (Jeanne). Bukanlah saya suruh mereka buat kenduri besar, nak terimalah... saya tak ada macam itu. Bila pergi boleh jumpa dan memang pun lawatan saya ke merata tempat ini memang kerap dan di mana sesuai, bolehlah bawa dia.
Abdullah: Dah tempah, takkan tak tempah lagi, dah lewat.
Abdullah: Secara jujur saya katakan, sayang saya terhadap Endon tetap kuat. Tetapi saya percaya Tuhan mencipta banyak ruang dalam sanubari kita bagi berlainan orang untuk disayangi. Kita boleh sayangi ibu, anak, isteri, cucu, adik tetapi kita tidak dapat bandingkan kasih kita kepada ibu dengan kasih kepada isteri. Jeanne adalah satu daripadanya... itu adalah kelebihan Allah. Dia mencipta keupayaan untuk kita menyayangi dan menjalin hubungan. Jadi biarlah di rumah tu, gambar-gambar Endon yang ada itu terus berada di situ, saya tak akan ubah sebab itu adalah ingatan memori yang abadi... nak tambah satu lagi (gambar), tak apa tambahlah (senyum).
Abdullah: Orang Kuala Lumpur. Nama dia, kalau dieja j e a n n e, orang panggil ‘jean’. Ia adalah perkataan Perancis yang disebut sebagai ‘yeang’.
Abdullah: Ya, ada dua anak perempuan, usia lewat 20an dah.
Abdullah: (Gelak).... nanti anda dengar i sebut macam mana. Tadi dalam mesyuarat Kabinet, macam-macam (tanya). Saya dah maklumkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini dan lepas itu, dah maklumkan kepada Jemaah Menteri. Eloklah mereka tahu, lepas itulah kenyataan (mengenai perkahwinan) itu dikeluarkan, biarlah rakyat tahu, tiada apa nak sembunyikan, apa nak sorok-sorok.
Abdullah: Insya-Allah, mudah-mudahan mereka doakan kesejahteraan kami berdua. The Happy Prime Minister can do a lot of good work (Perdana Menteri yang gembira boleh melakukan banyak kerja yang baik). Yalah.... gembira dah ada teman.
Abdullah: Ini terhad kepada keluarga yang terdekat, anak-anak saya, adik-adik saya dan suami isteri mereka. Lepas itu, sebelah Kak Endon, orang dia ramai... ada 11 orang semuanya tetapi kembar yang lain dah meninggal, Kak Endon dan kembarnya, ada sembilan lagi untuk bersama balu atau isteri, sebelah ibu mertua saya, besan saya dan anak-anaknya. Jadi itulah... cukuplah untuk menyaksikan apa yang berlaku dalam keluarga.
Abdullah: (Gelak)... Itu daripada dulu, sejak sekolah lagi saya makan sampai sekarang.
No comments:
Post a Comment
Please give some comment to this post if you like it...!