Monday, July 9, 2007

Boeing 787 Dreamliner

Boeing 787 yang bakal dilancarkan pada 07/08/07 ini bakal merubah sistem penerbangan dunia. Kapal terbang oleh Boeing Commercial Airplanes yang baru Boeing 787 Dreamliner adalah sebuah kapal terbang yang sangat efisien. Satu pasukan syarikat-syarikat aeroangkasa antarabangsa telah membangunkan kapal terbang ini dengan diketuai oleh Boeing di kilangnya Everett berdekatan Seattle, Washington.

Prestasi Yang Tiada Taranya

Model 787-8 Dreamliner dapat membawa 210 - 250 orang penumpang sejauh 7,650 hingga 8,200 batu nautikal (14,200 hingga 15,200 kilometer), manakala Model 787-9 Dreamliner akan dapat membawa 250 - 290 orang penumpang sejauh 8,000 hingga 8,500 batu nautikal (14,800 hingga 15,750 kilometer). Manakala Model ketiga daripada variasi 787, Model 787-3 Dreamliner, akan menempatkan 290 - 330 orang penumpang dan dapat mengoptimumkan perjalanan sejauh 2,500 hingga 3,050 batu nautikal (4,600 hingga 5,650 kilometer).

Untuk mengubah daripada kapal terbang yang besar kepada kapal terbang saiz pertengahan , 787 akan menyediakan sistem penerbangan dengan kecekapan bahan api yang tiada taranya. Kapal terbang ini akan dapat mengurangkan 20% penggunaan bahan api berbanding kapal terbang yang saiznya serupa pada hari ini. Kelajuan perjalanannya juga setanding dengan kapal-kapal terbang yang lebih laju, iaitu pada kelajuan Mach 0.85. Kapal terbang ini juga dapat menikmati ruang kargo yang lebih besar.

Penumpang-penumpang juga akan dapat merasakan pembaharuan di bahagian dalaman yang mana berkelembapan tinggi bagi keselesaan pemumpang
Teknologi Termaju

Kunci kepada prestasi luar biasa ini adalah sebuah hasil teknologi-teknologi baru dimajukan oleh Boeing dan pasukan pembangunan teknologi antarabangsanya.

Boeing telah mengumumkan bahawa sebanyak 50 peratus daripada struktur utama termasuk "fuselage" dan sayap pada 787 akan dibuat bahan-bahan komposit.

Seni bina yang terbuka menjadi nadi bagi model-model 787's, yang mana menjadi lebih mudah daripada kapal terbang-kapal terbang hari ini serta menawarkan pelbagai kefungsian. Sebagai contoh, mereka yang ingin menggabungkan sistem pengawasan kesihatan kapal terbang yang akan membenarkan kapal terbang untuk mengawal sendiri penerbangan dan membuat laporan kelengkapan penyelenggaraan yang perlu kepada sistem komputer di pangkalan udara.

Boeing juga telah memilih General Electric dan Rolls-Royce untuk membangunkan enjin-enjin untuk kapal terbang barunya. Ia menjangkakan kemajuan dalam teknologi enjin akan menyumbang sebanyak 8 peratus daripada pertambahan kecekapan kapal terbang barunya, mewakili hampir dua generasi lebih maju bagi teknologi pasaran pertengahan.

Pembaharuan-pembaharuan lain termasuklah cara kapal terbang direka dan dibina. Teknologi-teknologi baru dan proses-proses dalam pembangunan untuk membantu Boeing dan rakan-rakan pembekalnya mencapai tahap prestasi yang tinggi pada setiap fasa program itu. Sebagai contoh, untuk membuat satu bahagian "fuselage", kita terpaksa menyingkirkan 1,500 keping aluminum dan 40,000 - 50,000 skru pengikat.

Sumber

1 comment:

  1. Oi, achei teu blog pelo google tá bem interessante gostei desse post. Quando der dá uma passada pelo meu blog, é sobre camisetas personalizadas, mostra passo a passo como criar uma camiseta personalizada bem maneira. Se você quiser linkar meu blog no seu eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. (If you speak English can see the version in English of the Camiseta Personalizada. If he will be possible add my blog in your blogroll I thankful, bye friend).

    ReplyDelete

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post