Wednesday, September 5, 2007

Kahsiat Kayu Kemuning Hitam / Teras Kemuning Hitam

Kayu kemuning hitam merupakan salah satu spesies kayu yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia digunakan antaranya untuk mengubati sakit perut dan juga menghilangkan bisa gigitan serangga.

Mengikut pengalaman saya sendiri ia amat mujarab bagi mengubati sakit perut dan cirit-birit. Baru-baru ini anak saya yang berumur 11 bulan telah mengalami cirit-birit yang berpanjangan selama lebih satu minggu, walaupun telah pergi berjumpa doktor swasta sebanyak tiga kali dan sekali di hospital kerajaan, cirit-biritnya masih tidak sembuh.

Akhir sekali saya telah mencuba Kayu Kemuning Hitam yang diasah dengan air untuk diberi minum kepada anak kecil saya tadi. Alhamdulillah dengan izin Allah anak saya sembuh daripada cirit biritnya.

Pada masa kini untuk mendapatkan kayu kemuning hitam tidak semudah dulu, bahagian yang saya perolehi juga adalah pemberian kawan baik saya.

Selain daripada itu, ramai orang-orang tua yang menjadikan kayu kemuning hitam ini sebagai tasbih mereka.


No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post