Laluan baru Bentong-Kuala Krai
RAUB 13 Feb. - Pembinaan jalan Simpang Pelangai, Bentong ke Kuala
Krai di Kelantan dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) akan
dimulakan selepas proses pengambilan tanah penduduk terbabit dengan
projek tersebut selesai.
Pengurus Besar Kanan Projek Jabatan Kerja Raya, Noor Azman Yusoff
berkata, projek bernilai RM5 bilion itu kini dalam proses perbincangan
dan perbicaraan tanah penduduk terbabit dilakukan oleh pihak berkuasa.
Katanya, laluan CSR sepanjang 390 kilometer itu akan dibina dalam
lima pakej dan akan mempercepatkan perjalanan dari arah selatan termasuk
Kuala Lumpur untuk ke Kelantan.
''Kajian alam sekitar, cerun tanah dan kesan taman negara serta
ekonomi penduduk di kawasan terbabit dilakukan oleh sepasukan projek
lebuh raya berkenaan.
''Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab sepenuhnya bagi
penyediaan reka bentuk jalan menerusi konsultan yang mempunyai kepakaran
dalam bidang itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat dan dialog dengan wakil
rakyat, pejabat agensi kerajaan serta pertubuhan badan bukan kerajaan
(NGO) daerah Raub di sini semalam.
Majlis itu dihadiri Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mat Ali; Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Moin; ADUN Batu
Talam, Datuk Abd Aziz Mat Kiram; Naib Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk
Ir. Azinuddin Rahim dan ketua-ketua jabatan.
Menurut Nor Azman, projek tersebut terletak di bawah Koridor Ekonomi
wilayah Timur (ECER) dan apabila siap nanti jalan raya tersebut akan
memiliki empat lorong.
Katanya, penambahan empat lorong daripada dua lorong sedia ada akan
menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan trafik terutama
pada musim perayaan.
Tambahnya, apabila siap nanti perjalanan antara Bentong ke Kuala Krai
hanya mengambil masa empat jam berbanding sekarang antara lima jam atau
lebih bergantung kepada kesesakan trafik.
''Perjalanan antara Bentong dan Gua Musang pula sekitar 2 jam dan
beberapa simpang bertingkat serta jalan susur keluar serta masuk ke
bandar seperti Bentong, Raub dan Lipis akan turut dibina.
''Laluan itu akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi penduduk di
negeri-negeri pantai timur termasuk kawasan Pahang Barat," katanya.
Sumber
SALAM SATU MALAYSIA SEPERTI JANJI YANG SAYA BUAT BAHAWA SAYA AKAN MEMBUAT BATAHAN SECARA AMAN DIATAS SEBAB SUBSIDI GULA DITARIK BALIK...SAYA MOHON KEPADA KAWAN SAHABAT YANG MEMBACA STATUS SAYA HADIR RAMAI2 DI DATARAN TAMAN KERANG KUANTAN PAHANG PD HARI SABTU MASA:9.00 PG TARIKH 2/11/2013 UNTUK BERI SOKONGAN TANDA TANGAN PD KAIN PUTIH YANG AKAN KAMI SEDIAKAN DIDATARAN DGN TUJUAN BATAHAN DAN BERI SOKONGAN UNTUK DI BERI PADA PM KITA...SUPAYA DIKAJI SEMULA SUBSIDI GULA...MOHON KAWAN2 YANG BERADA DI KUANTAN PAHANG HADIR RAMAI2 DAN MAKLUMKAN PADA KAWAN KAWAN HADIR UNTUK BERI SOKONGAN...BANTAHAN YANG DIBUAT INI BKN UTK TUJUAN MELAWAN KERAJAAN TETAPI UNTUK MERAYU MENDAPATKAN SEMULA SUBSIDI ...SAYA JUGA BERTERIMA KASIH PADA ECK Nadir Yusoff,PUAN Haslinda Linda,CIK SHU,DATO Mohd Musa Noor Mohd YANG AKAN MEMBERI SUMBANGAN KAIN PUTIH DAN MAKER PEN UNTUK DIGUNAKAN PADA HARI BANTAHAN TERSEBUT SAYA JUGA BERTERI KASIH ATAS SOKONGAN KAWAN2 DAN KITA SAMA DOAKAN AGAR PM KITA AKAN TERIMA CADANGAN RAKYAT..
ReplyDeleteANJURAN :PERSATUAN SUKARELAWAN KEBAJIKAN PAHANG
PENGERUSI ;johari george abdullah