Monday, June 11, 2007

DBKL larang bela ayam belakang rumah

KUALA LUMPUR 10 Jun – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bercadang melarang penduduk di ibu kota menternak ayam dan itik di belakang rumah mereka.

Pengarah Jabatan Kesihatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainol Ariffin Pawanchee berkata, cadangan itu dibuat berikutan kes selesema burung dikesan berlaku di Sungai Buloh, Selangor pada 2 Jun lalu.

“Larangan tersebut bertujuan memastikan tiada perantara yang boleh menyebarkan virus selesema burung itu tersebar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pertandingan Pertolongan Cemas dan Perawatan Malaysia Peringkat Malaysia dan Singapura di sini hari ini.

Menurut Zainol, draf undang-undang itu akan dikaji oleh Jabatan Hal Ehwal Undang-undang DBKL terlebih dahulu sebelum mendapat kelulusan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan.

Beliau berkata, draf undang-undang itu juga perlu mendapat kelulusan daripada Kementerian Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, Zainol memberitahu, terdapat 160 kes demam denggi dicatatkan di Kuala Lumpur sejak dua minggu lalu dan bilangannya menurun kepada 126 kes minggu lalu.

Pada minggu ini hanya terdapat 100 kes dilaporkan.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan kes-kes demam denggi bakal memuncak pada bulan Julai dan Ogos ini.

Katanya, Bilik Gerakan DBKL akan diletakkan dalam keadaan siap sedia untuk menangani wabak berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post