Wednesday, June 6, 2007

Kontroversi perisai pertahanan - Tidak bawa faedah – China

BEIJING 5 Jun – China hari ini mengkritik rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menempatkan sistem antipeluru berpandu di tengah Eropah dengan menegaskan ia tidak akan membantu mewujudkan kepercayaan bersama, sebaliknya boleh menimbulkan masalah baru perlumbaan senjata.

“China percaya peluru berpandu pertahanan mempunyai kesan dari segi kestabilan dan imbangan strategik,” kata jurucakap Kementerian Luar negara itu, Jiang Yu kepada pemberita.

“Ia tidak sesuai untuk kepercayaan bersama antara negara-negara utama dan keselamatan rantau itu. Ia juga menyebabkan pertambahan masalah baru,” katanya.

Yu ditanya mengenai rancangan AS untuk menempatkan elemen sistem pertahanan peluru berpandu di Republik Czech dan Poland, dua negara yang pernah berada di bawah pengaruh Rusia tetapi kini menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Washington berkata, projek itu dibangunkan bagi mengunci sebarang serangan dari negara-negara seperti Iran dan Korea Utara.

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post