Monday, July 2, 2007

Boikot Akhbar Sinar Harian - Kerajaan Negeri Kelantan

Kota Bharu, 1 Julai - Menteri Besar Kelantan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sebagai telah memboikot akhbar Sinar Harian dengan melarang para pegawainya membawa masuk akhbar berkenaan ke dalam bilik pejabatnya.

Tindakan Dato Tuan Guru itu ekoran sikap akhbar berkenaan dikatakan telah memberi laporan sensasi yang tidak menguntungkan PAS semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu. Berita yang dikatakan tidak disenang MB itu ialah bertajuk “Sidang DUN Kelantan Tegang”. Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan.

Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an.




Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.

Klik disini untuk mengetahui Siapa Sebenarnya SINAR HARIAN.

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post