Monday, July 2, 2007

Siapa Sebenarnya SINAR HARIAN

Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian yang diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan. Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an. Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.

Akhbar ini mulai diterbitkan di Kelantan kira-kira sejak setahun lalu. Pada mulanya ia beredar di Kelantan dan Terengganu saja. Dua tiga hari lalu akhbar ini mula dikembangkan ke Pahang. Jumlah edarannya sekitar 60,000 naskah sehari. Peringkat awal akhbar bersaiz tabloid ini bersikap bebas dengan menyiarkan berita kegiatan parti-parti politik tanpa mengira faham idealogi baik PAS maupun Umno.

Para pemimpin PAS sangat berbangga dengan kelahiran akhbar ini di mana ia dieksploitasikan sebagai satu lagi kemajuan dan pembangunan di Kelantan. Akhbar ini menjadi pujian pemimpin PAS Kelantan dengan menyifatkannya sebagai sebuah media yang bebas.




Wartawan akhbar ini bukan main lagi dilayan dan sering diundang ke majlis makan malam oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Keghairahan itu menyebabkan ada yang melupai atau pun tidak terperasaan peranan akhbar nyamuk lain yang lebih jelas dan konsisten mempertahankan Kerajaan pimpinan Tuan Guru itu selama ini.

Kalangan pemimpin PAS tidak tahu membaca politik akhbar berkenaan yang sengaja bebuat begitu dengan motif untuk menjinakkan Kerajaan Kelantan dan para penyokongnya agar terbiasa dengan akhbar berkenaan.

Untuk tujuan itu mereka sanggup menghidangkan apa saja berita yang disukai PAS dengan harapan selepas pembaca sudah serasi mereka perlahan-lahan akan menyuntik racun propaganda parti pemerintah dan dengan itu terlaksanlah agenda utamanya.

Umno beli 4 muka surat

Hari ini pihak Umno Kelantan sudah membeli empat muka surat akhbar berkenaan pada setiap hari untuk diisi dan dimuatkan dengan berita-berita ataupun menyiarkan laporan berbentuk propaganda Umno. Mulai Jun lalu Umno Kelantan telah membayar RM1,000 untuk satu muka ini bermakna Umno membayar RM4,000 sehari atau RM120,000 sebulan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk tujuan itu Umno telah melantik salah seorang bekas wartawan Berita Harian yang pernah menerima Hadiah Kajai untuk menjadi pengarang khas untuk empat muka surat berkenaan. Umno memang tidak lokek untuk kepentingan partinya. Tindakan itu menggambarkan kesungguhan Umno untuk menawan Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post