Monday, August 13, 2007

Ina Naim & Suhaimi In-Team nikah Gantung

Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd. Suhaimi Saad, 27, selamat dinikahkan dengan Nordiana Md. Naim, 23, yang lebih dikenali sebagai Ina Naim di Masjid Jamek Felcra Sg. Ara, dekat sini, semalam.

Pasangan pengantin baru itu dinikahkan oleh jurunikah Al Sheikh Taufiq Datuk Kiyai Shamsuddin selepas solat Isya di hadapan ahli keluarga kedua-dua pihak.

Dengan sekali lafaz, Suhaimi sah menjadi suami Ina dan kedua-dua mempelai kelihatan serasi apabila mengenakan pakaian sedondon putih rekaan Lat‘s Collection.

Sebelum diijabkabulkan, pasangan itu telah mengikat tali pertunangan pada 6 Jun lalu dalam satu majlis yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat sahaja di rumah orang tua Ina di Felcra Sungai Ara.

Pihak lelaki memberi tiga dulang hantaran termasuk wang berjumlah RM10,000 kepada pihak perempuan dan membalas dengan lima dulang hantaran.

Selepas majlis pernikahan, pasangan pengantin baru itu diarak ke rumah orang tua Ina untuk majlis jamuan makan.

Pasangan ini dinikah ‘gantung’ pada malam ini atas alasan tidak mahu timbul sebarang fitnah apabila kedua-duanya sering kelihatan bersama mengadakan persembahan.

Sumber


Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post