Thursday, August 16, 2007

Majlis Kenduri Kesyukuran Datin Natasha Liana Hudson Dengan Dato' Shahrin Zahari akan diadakan Kota Bharu pada 25hb Ogos 2007 ini

Majlis kenduri kesyukuran perkahwinan pelakon dan model terkenal Natasha Hudson yang kini bergelar Datin Natasha Liana Hudson dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengerusi Eksekutif Verti Global akan berlangsung pada 25 hb Ogos 2007 bersamaan 11 Syaaban 1428H ini di rumah keluarga pengantin lelaki di Kota Bharu.

Mengikut sumber memberitahu, majlis akan berlangsung dari pukul 12 tengahari sampai pukul 5 petang dan semua kaum keluarga terdekat serta jemputan dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut.

Sebagai bukti, saya sertakan gambar foto sampul dan kad jemputan yang diperolehi daripada sumber HarianDAILY untuk tatapan anda semua.

Walau apapun, Selamat Pengantin Baru HarianDAILY ucapkan kepada Dato' Shahrin dan Datin Natasha. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.


Sampul kad jemputan



Kad jemputan



No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post