Thursday, August 16, 2007

Proton Persona Ganti Proton Wira

Setelah menyepi selama lebih kurang setahun selepas pelancaran Proton Satria Neo, Proton tampil dengan melancarkan model kereta sedan terbarunya yang diberi nama Proton Persona. Buat pengetahuan semua nama Proton Persona ini sudah sebati kepada pelanggan kereta Proton di United Kingdom sebelum ini melalui model Proton Wira.


Menurut sumber Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata Proton Persona bakal menggantikan model Proton Wira yang kini telah berusia 14 tahun.

Proton Persona adalah model ubahsuaian daripada model hatchback Proton Gen 2. Walaupun ianya model ubahsuaian, Proton Persona telah menampilkan pelbagai keistimewaan daripada model asalnya. Antara ciri-ciri tersebut adalah seperti gambar-gambar berikut.






Harga bagi Proton Persona adalah sangat kompetitif dengan pasaran kerata semasa. Berikut adalah senarai harganya.

Semenanjung Malaysia
  • Base Line 1.6MT manual - RM44,999 (solid), RM45,449 (metallic)
  • Base Line 1.6AT auto - RM47,999 (solid), RM48,449 (metallic).
  • Medium Line 1.6MT manual - RM49,800 (metallic)
  • Medium Line 1.6AT auto - RM52,800 (metallic)
  • High Line 1.6AT - RM55,800 (metallic).
Malaysia Timur
  • Base Line 1.6MT manual - RM47,559.10 (solid), RM48,009.10 (metallic)
  • Base Line 1.6AT auto - RM50,542 (solid), RM50,992 (metallic)
  • Medium Line 1.6MT manual - RM52,331.60 (metallic)
  • Medium Line 1.6AT auto - RM55,314.50 (metallic)
  • High Line 1.6AT auto - RM57,241.10 (metallic)

Lagi gambar Proton Persona di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam Selangor.











Artikel berkaitan:

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post