Saturday, August 29, 2009

Setem Wajah Sendiri Di Kad Ucapan Aidilfitri 2009

Orang ramai yang ingin menghantar kad ucapan Aidilfitri, kali ini berpeluang mengabadikan wajah mereka pada setem dengan pelancaran produk terbaru Pos Malaysia Berhad “Setemku” baru-baru ini.

Pegawai Pemasaran dan Khidmat Pelanggan Pos Malaysia, Karamjit Kaur Hakam Singh berkata, terdapat empat jenis corak pada setem terbabit iaitu ’flower bouquet’, ’teddy bear’, ’Heart’ dan ’National Icon’.

Pelanggan boleh meletakkan gambar mereka sendiri sama ada dirakamkan di pejabat pos atau di lokasi pilihan mereka pada setem itu, katanya kepada pemberita di Pejabat Pos Besar Ipoh di sini hari ini.

Beliau berkata, pelanggan yang merakamkan wajah mereka di lokasi lain, hanya perlu menyediakan salinan foto tersebut di dalam cakera padat atau pen-drive.

Katanya Setemku yang dilancarkan pada 17 Ogos lalu setakat ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai terutamanya musim perayaan bakal tiba yang membolehkan pelanggan menggunakan setem tersebut untuk menghantar kad ucapan hari raya dan hari kebangsaan.

Karamjit Kaur berkata, harga bagi setiap set 20 keping setem ialah RM19 bagi setem 30 sen dan RM28 bagi setem 50 sen.

No comments:

Post a Comment

Please give some comment to this post if you like it...!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post