Majlis Penggalakan Ekonomi Belia (MPEB) telah melancarkan Portal Tabung Ekonomi Belia di http://www.mpeb.gov.my/ baru-baru ini sebagai langkah untuk melahirkan usahawan baru dari kalangan belia.
Kumpulan sasaran MPEB adalah terdiri daripada belia lepasan sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan lulusan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Sasaran seramai 200,000 belia setahun akan mendapat manafaat secara langsung dalam bidang keusahawanan melalui program yang diselaraskan oleh MPEB.
Dari jumlah tersebut, MPEB menyasarkan untuk melahirkan seramai 5,000 orang usahawan baru dari kalangan belia dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).
No comments:
Post a Comment
Please give some comment to this post if you like it...!