Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata:
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk
melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku
beristirahat daripada seretan malaikat maut."
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu:
"Wahai orang
yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh."
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu:
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali
"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah
dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat
serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat
melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan:
"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi
balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim
dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari ini aku
telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka
buat selama-lamanya."
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:
"Wahai kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu
lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya aku
tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia, Allah
menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka
juga tidak mahu mendoakan aku".
Ada satu riwayat daripada Abi
Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat
itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak
seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.
Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan
yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan
nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku."
Setelah mendengar jawapan mayat
itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak
jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa
mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan
Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak
lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.
Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan
lebih terang daripada matahari.
Sumber : FB