Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, May 18, 2013

InsyaALLAH Central Spine Road (CSR) akan dibina

Laluan baru Bentong-Kuala Krai

RAUB 13 Feb. - Pembinaan jalan Simpang Pelangai, Bentong ke Kuala Krai di Kelantan dikenali sebagai Central Spine Road (CSR) akan dimulakan selepas proses pengambilan tanah penduduk terbabit dengan projek tersebut selesai.

Pengurus Besar Kanan Projek Jabatan Kerja Raya, Noor Azman Yusoff berkata, projek bernilai RM5 bilion itu kini dalam proses perbincangan dan perbicaraan tanah penduduk terbabit dilakukan oleh pihak berkuasa.

Katanya, laluan CSR sepanjang 390 kilometer itu akan dibina dalam lima pakej dan akan mempercepatkan perjalanan dari arah selatan termasuk Kuala Lumpur untuk ke Kelantan.
''Kajian alam sekitar, cerun tanah dan kesan taman negara serta ekonomi penduduk di kawasan terbabit dilakukan oleh sepasukan projek lebuh raya berkenaan.

''Jabatan Kerja Raya (JKR) bertanggungjawab sepenuhnya bagi penyediaan reka bentuk jalan menerusi konsultan yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam taklimat dan dialog dengan wakil rakyat, pejabat agensi kerajaan serta pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) daerah Raub di sini semalam.

Majlis itu dihadiri Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mat Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Moin; ADUN Batu Talam, Datuk Abd Aziz Mat Kiram; Naib Ketua UMNO Bahagian Raub, Datuk Ir. Azinuddin Rahim dan ketua-ketua jabatan.
Menurut Nor Azman, projek tersebut terletak di bawah Koridor Ekonomi wilayah Timur (ECER) dan apabila siap nanti jalan raya tersebut akan memiliki empat lorong.

Katanya, penambahan empat lorong daripada dua lorong sedia ada akan menjimatkan masa perjalanan dan mengurangkan kesesakan trafik terutama pada musim perayaan.
Tambahnya, apabila siap nanti perjalanan antara Bentong ke Kuala Krai hanya mengambil masa empat jam berbanding sekarang antara lima jam atau lebih bergantung kepada kesesakan trafik.

''Perjalanan antara Bentong dan Gua Musang pula sekitar 2 jam dan beberapa simpang bertingkat serta jalan susur keluar serta masuk ke bandar seperti Bentong, Raub dan Lipis akan turut dibina.
''Laluan itu akan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi penduduk di negeri-negeri pantai timur termasuk kawasan Pahang Barat," katanya.


Sumber

Monday, September 26, 2011

Kelantan commited to implement Hudud

KOTA BARU Sept. 25, 2011. - Although the implementation of hudud hard resisted by the DAP, but it turned out to be ignored by the Pass.

It is evident from the Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, insisted the state was now in an effort to introduce hudud enactment in the list of Shariah law in court.

He is also General Mursyidul Pas said the move was to enable the judges to use in the trial of an act if there is a prima facie case.

"Our effort now is that I include in the list of hudud laws in Kelantan Syariah court.

"We just want to introduce hudud enactment of the list so that the courts of law can use this act, any cases in court, the judge will determine there is prima facie to no if there is prima facie evidence of solicitor advocates have nothing," he said told reporters here today.

He was speaking after opening celebration Farmers, Breeders and Fishermen at the state level in the grounds of the Sultan Mohammed IV Stadium here. Also present were the Chairman of the Agriculture, Rural Industries and Biotechnology State, Che Abdullah Mat Nawi.

Kelantan government's move is expected to spark another 'conflict' with the DAP chairman Karpal Singah against the implementation of hudud.

Although Karpal today consider Nik Abdul Aziz as "the old man who wanted attention, but when asked to comment on the statement of the Chief Minister of Kelantan said he" respects the views Karpal as the elderly who have long been in the legal and there is no dispute '.

Nik Abdul Aziz, however, there should not be a misunderstanding among opposition parties about the intention to implement hudud Pass.

Elaborating Karpal's statement, Nik Abdul Aziz said he did not feel anything even the DAP chairman also touched on the personal.

He explained the other hand, it is better the country received hudud than implementing the mandatory sentence to death for offenses such as drugs and guns.

This is because he said it causes the individual families suffering because there's nowhere to be dependent.

"These gross people do not die, I die when due hudud man, why he is so busy, busy because like I said tadilah, people are afraid to be afraid to hadd like ghosts," he said.

Asked whether he would attend the meeting scheduled for Wednesday's opposition coalition, Nik Abdul Aziz told, he is now in a state of unhealthy and do not know whether to attend or otherwise.

Wednesday, October 24, 2007

Pencarian Tokoh Beliawanis Negeri Kelantan 2007



URUSETIA PEMBANGUNAN WANITA BELIA DAN SUKAN , SEDANG GIAT MENJALANKAN “ PENCARIAN TOKOH BELIAWANIS NEGERI KELANTAN 2007”

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI. SILA RUJUK ATTACHMENT. DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DI WWW.BULETINUPKN.INFO

TARIKH TUTUP : 5 NOVEMBER 2007

Pihak kami memohon kerjasama semua pihak untuk menghebahkan tentang pencarian “TOKOH BELIAWANIS NEGERI KELANTAN 2007”

Rakyat Kelantan @ sesiapa sahaja yang memiliki, menyelenggarakan portal, web, blog samada berbentuk komersil @ peribadi boleh menyiarkan banner pencarian tersebut. Copy dan paste tag HTML berikut ke web anda :

p/s : Wahai srikandi-srikandi Islam (Kelantan) sekalian, apa lagi...sertai ler. Bersedia untuk dinobatkan sebagai Tokoh Beliawanis Negeri Kelantan untuk tahun ni... moga-moga ada kebaikan untuk antunna... wassalam.

*SILA MUAT TURUN BORANG PENYERTAAN RASMI DISINI: KLIK DISINI

Sumber : Egroup

Sunday, October 21, 2007

Dapatkan Info Terkini Kelantan Di Laman Raykinzoku


Sila klik gamabar di atas untuk mendapatkan info / maklumat terkini negeri Kelantan di http://raykinzoku.fotopages.com/

Thursday, August 23, 2007

Pengumuman: Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kemerdekaan ke 50 di Kota Bharu


Pengumuman: Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kemerdekaan ke 50 di Kota Bharu akan diadakan di stadium Sultan Muhammad ke IV dan akan dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar Kelantan. Jom sama-sama memeriahkan sambutan tersebut.

Monday, July 2, 2007

Boikot Akhbar Sinar Harian - Kerajaan Negeri Kelantan

Kota Bharu, 1 Julai - Menteri Besar Kelantan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sebagai telah memboikot akhbar Sinar Harian dengan melarang para pegawainya membawa masuk akhbar berkenaan ke dalam bilik pejabatnya.

Tindakan Dato Tuan Guru itu ekoran sikap akhbar berkenaan dikatakan telah memberi laporan sensasi yang tidak menguntungkan PAS semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu. Berita yang dikatakan tidak disenang MB itu ialah bertajuk “Sidang DUN Kelantan Tegang”. Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan.

Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an.




Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.

Klik disini untuk mengetahui Siapa Sebenarnya SINAR HARIAN.

Siapa Sebenarnya SINAR HARIAN

Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian yang diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan. Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an. Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.

Akhbar ini mulai diterbitkan di Kelantan kira-kira sejak setahun lalu. Pada mulanya ia beredar di Kelantan dan Terengganu saja. Dua tiga hari lalu akhbar ini mula dikembangkan ke Pahang. Jumlah edarannya sekitar 60,000 naskah sehari. Peringkat awal akhbar bersaiz tabloid ini bersikap bebas dengan menyiarkan berita kegiatan parti-parti politik tanpa mengira faham idealogi baik PAS maupun Umno.

Para pemimpin PAS sangat berbangga dengan kelahiran akhbar ini di mana ia dieksploitasikan sebagai satu lagi kemajuan dan pembangunan di Kelantan. Akhbar ini menjadi pujian pemimpin PAS Kelantan dengan menyifatkannya sebagai sebuah media yang bebas.




Wartawan akhbar ini bukan main lagi dilayan dan sering diundang ke majlis makan malam oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Keghairahan itu menyebabkan ada yang melupai atau pun tidak terperasaan peranan akhbar nyamuk lain yang lebih jelas dan konsisten mempertahankan Kerajaan pimpinan Tuan Guru itu selama ini.

Kalangan pemimpin PAS tidak tahu membaca politik akhbar berkenaan yang sengaja bebuat begitu dengan motif untuk menjinakkan Kerajaan Kelantan dan para penyokongnya agar terbiasa dengan akhbar berkenaan.

Untuk tujuan itu mereka sanggup menghidangkan apa saja berita yang disukai PAS dengan harapan selepas pembaca sudah serasi mereka perlahan-lahan akan menyuntik racun propaganda parti pemerintah dan dengan itu terlaksanlah agenda utamanya.

Umno beli 4 muka surat

Hari ini pihak Umno Kelantan sudah membeli empat muka surat akhbar berkenaan pada setiap hari untuk diisi dan dimuatkan dengan berita-berita ataupun menyiarkan laporan berbentuk propaganda Umno. Mulai Jun lalu Umno Kelantan telah membayar RM1,000 untuk satu muka ini bermakna Umno membayar RM4,000 sehari atau RM120,000 sebulan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk tujuan itu Umno telah melantik salah seorang bekas wartawan Berita Harian yang pernah menerima Hadiah Kajai untuk menjadi pengarang khas untuk empat muka surat berkenaan. Umno memang tidak lokek untuk kepentingan partinya. Tindakan itu menggambarkan kesungguhan Umno untuk menawan Kelantan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post