Mahasiswa Universiti Malaya telah mengambil pendekatan ‘media
alternatif’ apabila menyatakan satu bantahan melalui laman sosial
Facebook dengan menubuhkan satu laman iaitu 'Kami Bantah Budaya Cheers
di Minggu Haluan Siswa UM'.
Thursday, August 18, 2011
Budaya Cheers - Mahasiswa UM bantah
Mahasiswa Universiti Malaya telah mengambil pendekatan ‘media
alternatif’ apabila menyatakan satu bantahan melalui laman sosial
Facebook dengan menubuhkan satu laman iaitu 'Kami Bantah Budaya Cheers
di Minggu Haluan Siswa UM'.
Tuesday, December 14, 2010
Anwar cruise Malaysia obvious Wikileaks issues
Felda estates filled with wild boar, claimed Mazlan
Wednesday, February 20, 2008
UNDILAH
"Anda penyokong setia BN? Bagus dan terima kasih. Kerana anda akan pastikan kemenangan kepada BN. Dengan kemenangan ini anda akan terus MEMBAYAR TOL (walaupun penyokong setia) dan MENGKAYAKAN PEMIMPIN ANDA (biar pun penyokong setia tidak mendapat apa-apa pun).
Anda juga dapat membiarkan PEMIMPIN BN DAPAT MEMBINA RUMAH BESAR-BESAR, MENAIKKAN HARGA MINYAK, MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG, MELAKUKAN RASUAH, PENYELEWENGAN, PENIPUAN, MELAKUKAN SEKS, PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT DAN BANYAK LAGI. We LOVE U!
Thursday, February 14, 2008
Panduan Pilih Pemimpin Untuk Pilihan Raya Umum ke-12
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.
"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.
Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.
"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.
Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.
"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya
Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.
Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.
"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya
Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.
"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.
Wednesday, September 12, 2007
Pra Pelancaran Kedai @ HarianDAILY
- Telefon Selular
- Permainan
- Buku
- Kamera
- Produk Automotif
- Produk Komputer dan
- Jam tangan
Tunggu kemunculan Kedai @ HarianDAILY esok
Sunday, September 9, 2007
Tragedi Batu Buruk: Polis 'Hilang Akal' Hadiahkan Peluru Hidup Untuk Surai Majlis Ceramah
Harakah: Aniz NazriKUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) -Tindakan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, serta pihak polis 'menghadiahkan' peluru hidup kepada rakyat yang berhimpun secara aman dilihat bagaikan sudah 'hilang akal' dalam negara yang sering melaungkan demokrasi.
ImageNaib Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika dihubungi sebentar tadi berkata tragedi di Batu Buruk, Kuala Terengganu malam tadi merupakan kejadian kali pertama beliau mendengar pihak polis menggunakan peluru hidup apabila berhadapan dengan rakyat yang berhimpun secara aman untuk mendengar ceramah politik.
"Apabila polis menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi, bagi saya, ia merupakan satu rekod selepas 50 tahun kita merdeka," tegasnya.
"Ini bukannya perhimpunan membantah dasar kerajaan. Ini adalah ceramah yang lazim diadakan pada setiap malam di negara ini. Ia perkara biasa, dan pihak polis sama sekali tidak perlu menggunakan kekerasan, apatah lagi menggunakan peluru hidup, untuk menyuraikannya.
Selama ini, ceramah yang dianjurkan oleh PAS, KeADILan dan DAP tidak menimbulkan apa-apa masalah kecuali jika ia diganggu pihak polis," tegas beliau yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan FRU itu.

Beliau memberi respon demikian sebagai mengulas kekecohan yang berlaku di Batu Buruk, Terengganu, malam tadi, yang mencetuskan ketegangan selepas pihak polis menghalang orang ramai daripada menghadiri ceramah anjuran Bersih (Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih) itu.
Mohamad juga dijadualkan memberi ceramah pada malam tersebut, bersama-sama Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim, dan anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Pahang, Leong Ngah Ngah dari DAP. Turut serta Dato' Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu.
Dalam kejadian jam 10 malam itu, seramai 350 anggota polis daripada pelbagai cawangan termasuk Polis Simpanan Persekutuan (FRU) serta dua trak penyembur air berasid dikejarkan ke tempat kejadian. Orang ramai dihalang ke lokasi ceramah sejak jam 2 petang semalam lagi.
Dua pemuda cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis dalam insiden itu. Difahamkan seorang daripadanya masih dalam keadaan kritikal.Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.
Dalam pada itu, Mohamad mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian ini memandangkan tindakan ganas yang dilakukan pihak polis. - mks.
Artikel Terdahulu:
Tragedi Batu Buruk: Polis Lepaskan Peluru Hidup?
Harakah: Pencinta KeamananSURAT PILIHAN|Saya tertarik dengan tulisan Songkok Putih, dalam tranungkite.net mengenai kejadian malam tadi, yang begitu memeranjatkan dan akan dirakam sebagai rekod hitam dalam sejarah negara. Izinkan saya rakamkan dahulu catatan berkenaan:
"Saya telah dihujani dengan pelbagai pangilan untuk mendapatkan maklumat sebenar mengenai kejadian yang berlaku pada Ceramah anjuran Bersih (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil), Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September 2007.
"Saya akan cuba memberikan maklumat seringkas yang boleh untuk memberikan gambaran sebenar mengenai kejadian malam tadi.
"Sekitar pukul 5.00 petang semua jalan ke tempat Ceramah Batu Buruk ditutup oleh pihak polis. Ini memberikan kesukaran kepada mereka yang ingin pulang daripada bandar Kuala Terengganu ke rumah masing-masing melalui jalan di sana.
"Pada malam tersebut, semua laluan ke tempat ceramah tidak dibenarkan. Mereka yang ingin berjalan kaki pun tidak dibenarkan sama sekali ke sana. Ini membuatkan orang ramai marah dengan tindakan polis dan mereka berkumpul di tempat sekatan jalan raya.
"Ada maklumat mendakwa pentas ceramah dibakar. Oleh kerana polis telah membuat sekatan, soalnya, bagaimana ia boleh terbakar. Orang ramai makin marah. Timbul pelbagai persoalan sama ada polis yang bakar atau orang Umno yang membakar.
"Suasana makin tegang, maka timbul kata-kata “Ini DUN Batu Buruk, kalau Batu 6 boleh mempertahan kewibawaannya, kenapa tidak Batu Buruk!”
"Sikap tidak profesional polis ditambahkan pula begitu ramai kehadiran golongan pemuda dan remaja, ketegangan makin kemuncak. Remaja sepatutnya dilayan dengan sikap yang berlembut dan berhemah tetapi apabila dikasari mereka ia akan mengundang kejadian tidak diingin. Ajaran Islam dan Barat juga mengajar bagaimana pihak penguasa sepatutnya mengatasi masalah remaja.
"Dalam suasana tegang, tiada apa yang baik dan tidak ada yang kita hendak persalahkan kerana mereka semua berada dalam emosi yang tinggi.
"Polis dan FRU telah melepaskan gas pemedih mata dan semburan water canon. Mengikut maklumat yang diberikan, suasana ketika itu mencatat satu rekod, kerana gas pemedih mata yang paling banyak ditembak ke arah orang ramai.
"Suasana makin gawat, maka pertempuran golongan remaja dengan pihak polis dan FRU berlaku.
"Dalam kejadian ini dua orang telah ditembak dengan peluru hidup. Dikatakan seorang anak muda dari Binjal Rendah telah ditembak di dada, menghampiri paru-paru. Manakala budak Pasir Panjang telah ditembak dileher, saya tak pasti status budak ini, kedua-duanya sekarang ini berada di Hospital Besar Kuala Terengganu.
"Dalam kejadian ini 6 atau 7 orang pihak polis dan FRU juga turut tercedera. Banyak tangkapan telah dibuat, mengikut maklumat yang kami terima lebih daripada 70 orang ditangkap.
"Pada pukul 2.00 remaja masih belum beredar, walaupun pihak polis dan FRU mengundur diri. Mereka yang tinggal ini mula membakar tayar, memecah pasu bunga dan membuat kacau bilau di jalan raya. Menurut cerita ada kejar mengejar berlaku lagi sehingga pukul 3.30 pagi.
"Pagi ini suasana tempat kejadian telah tenang. Saya cuba mendapatkan komen daripada beberapa pimpinan PAS. Antara lain disebut jika polis profesional menangani kejadian seperti ini tak akan berlaku.
"Komen orang awan juga menyebut polis tidak begitu bijak menangani suasana remaja dan Umno cuba membuat kacau bilau bila PAS mengada ceramah. "Jika tiada gangguan polis, ceramah PAS ok aje," komen mereka."
Saya tidak mahu ulas lanjut memandangkan isu ini mungkin mengakibatkan situasi lebih serius dan tegang, apatah lagi Terengganu merupakan negeri yang menjadi sasaran utama bagi PAS dalam pilihan raya akan datang.
Saya bimbang insiden tragis ini akan dieksploit oleh Umno-BN bagi memberikan gambaran buruk kepada wajah PAS. Hal ini tidaklah memeranjatkan jika dilihat rekod pemerintah masa lalu, yang akan melakukan apa saja untuk menjauhkan pengundi daripada menyokong PAS.
Saya mengharapkan pihak pimpinan PAS dapat melakukan yang terbaik menangani peristiwa yang cukup memalukan ini, terutama dilihat dalam konteks usaha untuk memulihkan demokrasi di negara ini. Ya, sesuatu yang cukup ironis berlaku dalam majlis anjuran Bersih, yang mutakhir ini berkempen di seluruh negara, bagi memastikan pilihan raya ke-12 nanti berjalan secara telus, adil dan bebas.
Saturday, September 8, 2007
Ais Krim Wall's Halal
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Hrkh) - Penggemar aiskrim di negara ini tidak perlu bimbang untuk menikmati aiskrim keluaran Wall's memandangkan semua aiskrim yang dikeluarkan di negara ini adalah halal.Pengarah Sumber Manusia dan Perhubungan Korporat, Unilever Malaysia, Nik Mustapha Nik Mohamed, dalam kenyataannya yang disampaikan kepada Harakahdaily, berkata semua produk keluaran Wall's di Malaysia adalah halal dan memenuhi keperluan masyarakat Islam di negara ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Halal Unilever Malaysia menegaskan sijil halal bagi setiap produk Wall's di negara ini dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dan The Central Islamic Committee of Thailand (TCICOT), Majelis Ulama Indonesia (MUI) serta China Islamic Association (CIA) yang merupakan badan-badan Islam luar negara yang diiktiraf Jakim.
"Kami menghormati kepercayaan dan amalan setiap agama serta sensitif terhadap kepentingan mereka yang pelbagai.
"Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa mengambil inisiatif bagi memastikan keperluan pengguna dipenuhi dengan sebaik mungkin," jelas beliau.
Nik Mustapha berkata demikian sebagai menjawab keraguan penggemar aiskrim di negara ini yang membuat panggilan ke pejabat Harakahdaily dan menghantar emel bagi mengetahui status halal produk Wall's, berdasarkan tersebarnya surat daripada Penasihat Khidmat Pengguna, Wall's United Kingdom (UK) kepada S. Timothy Neville kepada seorang pengguna dari Reading, UK, yang bertanyakan kesesuaian produk Wall's untuk pengguna Islam yang tersebar melalui emel.
Nik Mustapha berkata, Unilever Malaysia menegaskan bahawa senarai produk Wall's yang telah dinyatakan dalam surat Neville itu hanyalah khusus untuk produk Wall's bagi pasaran di UK sahaja, memandangkan permintaan dan keperluan pengguna di seluruh dunia adalah berbeza-beza.
"Produk Wall's untuk pasaran Malaysia diperolehi dari dalam negara dan juga diimport dari Indonesia, Thailand dan China. Wall's Malaysia tidak mengimport aiskrim daripada UK atau mana-mana negara di Eropah," tegas Nik Mustapha.
Bagi sebarang pertanyaan lanjut, pihak Unilever mengalu-alukan para pengguna untuk menghubungi di talian 1800881315.
Thursday, August 23, 2007
Apa sudah jadi dengan HARAKAHDAILY.NET
KOMEN:
Macam mana sebuah laman web yang begitu popular tidak diurus dengan baik. Tak kan sampai lupa tarikh luputnya baru nak perbaharui. Tindakan perlu diambil segera. Jangan hanya asyik dengan laporan saja, operasi teknikal juga perlu dipelihara demi kebaikan laman web Harakah.
Sila klik disini untuk membaca *Penjelasan Ketua Pengarang Harakahdaily
Monday, July 2, 2007
Boikot Akhbar Sinar Harian - Kerajaan Negeri Kelantan
Tindakan Dato Tuan Guru itu ekoran sikap akhbar berkenaan dikatakan telah memberi laporan sensasi yang tidak menguntungkan PAS semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu. Berita yang dikatakan tidak disenang MB itu ialah bertajuk “Sidang DUN Kelantan Tegang”. Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan.
Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an.
Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.
Klik disini untuk mengetahui Siapa Sebenarnya SINAR HARIAN.
Saturday, June 23, 2007
Melayu Juara pertandingan sediakan arak
KUALA LUMPUR, 22 Jun - Apa nak jadi dengan umat Islam di negara ini? Tidak cukup dengan pelbagai gejala yang melanda, kini disebut pula sebagai juara dan pakar penyediaan arak Malaysia!
Demikian antara yang termampu diucapkan dengan pendedahan yang dikemukakan oleh Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.
Dalam emel yang dihantar, turut dirakamkan beberapa gambar sang Juara Melayu yang sedang asyik menyediakan arak dalam sebuah pertandingan di ibu kota.
Ikuti pendedahan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan ini.
Semalam, seorang sahabat menghantar satu email yang agak menarik.
Artikel bertajuk "Bartenders whip up a storm at contest", terbitan akhbar The Star 15 Jun 2007 menarik perhatian saya seketika.
Lewat membaca artikel tersebut saya agak sedih melihatkan nasib anak-anak muda kita di Kuala Lumpur ini. Kehidupan mereka dipenuhi dengan ujian dan kadang kala ujian yang menyeronok seperti ini merosakkan mereka dan imej umat Islam sendiri.
Tiga orang anak Melayu yang menyertai pertandingan Belvedere Bartender of the Year 2007 (Malaysia) anjuran Syarikat Malaysia Belvedere Vodka dilaporkan menguasai pertandingan ini.
Acara ini melibatkan penyediaan Koktail bagi minuman arak jenis Belvedere Vodka dan setiap peserta dikehendaki menyediakan salah satu dari tiga jenis Belvedere Vodka iaitu Belvedere Pure, Belvedere Cytrus atau Belvedere Pomarancza.
Program yang diadakan Frangipani Bar, Bukit Bintang turut dimeriahkan oleh artis Melayu dari Sarawak iaitu Camelia.
Mohd Adzhar Ahmad, bartender dari Qba, The Westin Kuala Lumpur telah diistiharkan sebagai pemenang dan Rizal Junior Johari dari QBA juga telah memenangi tempat kedua Tempat ketiga pula jatuh kepada Mohd Erik Fiza Zulkifle dari The Loft Kuala Lumpur.
Ini hanyalah sebahagian kecil dari gejala-gejala yang telah merosak anak-anak Melayu. lantaran inginkan keseronokkan dunia dan kemewahan wang ringgit beserta sedikit kemasyuran mereka telah dipedaya dan akhirnya terus tenggelam hanyut dalam dunia hitam ini.
Inilah dia sumbangan terbesar Projek Islam Hadhari kepada generasi kita. Mereka tak boleh minum arak kerana ia haram disisi Islam. Jadi bartender untuk hidangkan arak lebih kecil dosanya tapi dalam masa yang sama ia perlu sebagai menunjukan dakwah kita dan keterbukaan Islam kepada yang bukan Islam. Kita raikan orang bukan Islam yang meminati arak ini, tak mengapa. Itulah dia cara Islam Hadhari diterjemahkan. Yang penting adalah kemajuan imej dan prasarana serta menjaga hubungan dengan setiap bangsa termasuklah meraikan kehadiran pelancong.
Islam Hadhari mahu majukan negara ini dengan apa cara sekali pun, dapat dosa sedikit tak apa sebab kita boleh ganti dengan pahala lain bila buat benda-benda baik, buat masjid, buat bank Islam, Takaful, Tabung Haji dan macam-macam lagi. Tak apa hidangkan arak sebab kita tak minum pun, yang penting niat kita baik dan setiap amal itu bermula dengan niatkan. Niat kita baik mesti dapat pahala, betul tak Imam hadhari?
Sebab tu di Kuala Lumpur ini, kerajaan mengHALALkan operasi pusat-pusat hiburan berupa disko, pub, bar, cafe dan restoran. Semua ini amat penting bagi memastikan pelancong dapat ditarik masuk ke negara kita. Sambil menari dan mabuk-mabuk mereka boleh memahami pendekatan Islam Hadhari yang begitu toleran. Sambil menyelam dilautan dosa kita berdakwah, bila naik ke darat kita cucilah dengan amal jariah....
Memang mudah kalau kita fikir macam pengikut mahzab Hadhari ini. Malam buat dosa, siang esok kita buat pahala pulak. Akhirat nanti, separuh hari kat neraka, separuh lagi duduk kat syurga, jadi cam burger setengah masak pun ok kan Imam Hadhari...
Fikir-fikirlah apa yang akan kita lalui selepas ini. Sesungguhnya setiap amal itu akan dihitung oleh malaikat, dan akhirat kelak kita akan nikmati hasil yang kita usahakan pada hari ini. Baik buruk telah kita diajarkan maka pandai-pandailah bawa diri. Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerasnya, (2) yang minta diperaskannya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya.” - mks.
Tuesday, June 19, 2007
Islam Hadhari - Dato Seri Najib hidang kugiran 'ala pop yeh-yeh' untuk imam-imam seluruh negara
Menariknya, program lima hari empat malam ini adalah anjuran Sekretariat Islam Hadhari, Jabatan Perdana Menteri(JPM) dengan kerjasama pelbagai kementerian serta agensi kerajaan dan swasta yang mana Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Pusat adalah daripada Sekretariat Islam Hadhari JPM, dan AJK Universiti adalah terdiri dari kakitangan Jabatan Hal Ehwal Pelajar(HEP) Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan lebih 100 orang sukarelawan daripada kalangan pelajar yang berusia 14 hingga 17 tahun, sebahagian besarnya datang daripada Umno Bahagian Klang yang memakai baju BN-Ijok dan juga baju Umno.
Pada keseluruhannya, program tersebut dilihat bertujuan menyuntik ideologi Islam Hadhari ciptaan Pak Lah dalam usaha membentuk pemikiran para peserta berkenaan kepentingan dan keistimewaan Islam Hadhari di samping memberikan "kemewahan" kepada semua imam seluruh Malaysia yang selama ini hidup dengan gaji yang kecil serta elaun yang tidak mencukupi.
Selain itu, terdapat pembentangan kertas kerja biasa dan terdapat juga program-program yang dilihat seperti menyebarkan propaganda Islam Hadhari, manakala di sekitar Dectar, adanya pameran Hadhari, iaitu daripada Jabatan Agama Negeri Masing-masing dan gerai-gerai jualan biasa.
Berdasarkan komen peserta, ramai yang kecewa dengan pengurusan program yang kelihatan sangat tidak teratur. Ini kerana terdapat ramai peserta yang tertinggal bas untuk hadir ke tempat program, kuantiti makanan yang tidak mencukupi dan tidak kurang juga ada yang sesat di dalam kawasan UKM, yang menyebabkan timbulnya perasaan tidak puas hati dan rungutan di kalangan peserta.
Namun begitu, masalah yang sepatutnya tidak berlaku dalam satu program besar anjuran kerajaan yang dinaungi sendiri oleh Perdana Menteri(PM) ialah makanan.
Justeru, apa yang berlaku pada pagi hari Rabu, 13 Jun para peserta mula memberontak kerana makanan yang tidak mencukupi dan dilaporkan, ada di kalangan peserta yang terpaksa keluar sendiri daripada UKM untuk membeli makanan kerana telah empat kali mereka tidak mendapat makanan yang disediakan bahkan kelakuan para Imam juga gagal menunjukkan contoh yang baik dan amat memalukan apabila mereka berebut-rebut ketika mengambil makanan.
Lebih memburukkan lagi keadaan, mereka juga telah dihidangkan dengan nasi yang telah basi sehingga menyebabkan ada peserta yang mengadu mengalami sakit perut.
Masalah pengurusan makanan yang sangat teruk ini menatijahkan tindakan peserta kerana sudah sangat tidak tahan dengan keadaan program sehinggakan mereka bertanya pada ketika yang tidak sesuai persoalan tersebut dibangkitkan pada sesi pembentangan kertas kerja bertajuk 'Masjid sebagai Sumber Kekuatan Umat Memperkenalkan konsep Amalan Masjid Terbaik' yang dibentangkan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Matematik dan Sains Universiti Malaya, Prof Dr Nik Azis Nik Pa.
Peserta dihidangkan kugiran di kediaman Najib
Dalam pada itu, melalui soal-jawab dengan peserta, ramai yang sedar bahawa program ini dibuat adalah semata-mata untuk memenangi hati para imam, dan ia menunjukkan bahawa pilihan raya umum telah semakin hampir.
Sewaktu malamnya, para imam ini dipisahkan mengikut negeri masing-masing bagi sesi pertemuan dan majlis makan malam bersama pimpinan negeri masing-masing seperti negeri Pahang dengan Dato' Jamaluddin Jarjis di sebuah hotel, Johor di Masjid Wilayah bersama Dato' Abd Ghani Othman, Negeri Sembilan dengan Dato' Rais Yatim di hotel, Sabah dengan Dato' Shafie Apdal di Kementeriannya dan lain-lain lagi.
Urusetia pusat juga berlagak seperti goloangan orang terhormat, bahkan ada urusetia yang memanggil peserta (imam) dengan panggilan "bengap".
Sementara itu, apabila ditanya tentang status urusetia daripada kalangan remaja pihak urusetia pusat mengatakan bahawa mereka adalah rombongan pelajar sekolah walhal mereka memakai tag nama urusetia.
Pada majlis penutup program muzakarah yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau di Putrajaya, para peserta disajikan dengan persembahan kugiran dan artis-artis nasyid tempatan yang terdiri daripada kumpulan Rabbani, Hijjaz, A Rahman Hasan.
Namun, apa yang menyedihkan ialah aktiviti santai tersebut telah dicemari apabila ia tetap diteruskan apabila azan sedang jelas berkumandang.
Para imam yang kelihatan seronok dan sebahagian daripada mereka bertepuk tangan semasa permulaan kugiran tanpa menyedari akan insiden yang sepatutnya disedari oleh para imam yang menjalankan tugas mereka secara asasi di masjid.
Walau bagaimanapun, apa yang penting, Najib telah berjaya menyuntik pemikiran para Imam ini dengan ideologi dan fahaman Islam Hadhari ciptaan Pak Lah dan beliau juga menyatakan harapan agar mereka dapat menjadi jentera kerajaan bagi menerangkan kepada masyarakat tentang hasrat kerajaan yang sebenarnya.
Saturday, June 9, 2007
Pertukaran istilah bahasa merupakan strategi pilihan raya - Aziz Bari
KUALA LUMPUR, 8 Jun - Penukaran istilah bahasa Melayu kepada bahasa Malaysia yang disepakati kabinet mungkin bermotifkan politik sebagai strategi pilihan raya bagi menunjukkan keprihatinan Barisan Nasional (BN) terhadap masyarakat bukan Melayu.
Profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan penukaran istilah tersebut berlaku kerana isu 13 Mei sudah berkubur dengan pendedahan Pengarah Suaram, Dr Kua Kia Soong melalui buku terbarunya bertajuk 'May 13: Declassified Documents on the Malaysian Riots of 1969'.
Dakwanya lagi, penukaran istilah tersebut menggambarkan seolah-olah Umno hendak mengkhianati kontrak sosial memandangkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di bawah Perkara 152 adalah sebahagian dari kontrak sosial.
Jelas Abdul Aziz, Perkara 152 yang 'merumahkan' kedudukan bahasa Melayu tidak pernah dipinda sejak 31 Ogos 1957 lagi. Manakala ungkapan bahasa Malaysia katanya timbul selepas peristiwa 13 Mei untuk mengambil hati golongan bukan Melayu.
Justeru katanya, kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin bahawa istilah bahasa Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selepas negara mencapai kemerdekaan adalah diragui.
"Saya ragu bila masa Tunku berbuat seperti yang didakwa oleh Zam itu. Cukuplah dengan nasib tulisan jawi yang mati di tangan mereka. Kononnya sistem ejaan jawi dipermudahkan untuk memudahkan bukan Melayu.
"Tetapi berapa ramai yang belajar dan minat? Yang jelas orang Melayu lupa tulisan jawi dan ini mendatangkan kesan negatif kepada pendidikan al-Qur'an yang rapat dengan tulisan jawi. Begitu juga dengan jati diri bangsa Melayu," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Jelasnya lagi, persoalan bahasa tidak perlu dikaitkan dengan negara. Beliau memberi contoh beberapa buah negara seperti Brazil yang menggunakan bahasa Portugis tapi tidak menggelarnya dengan 'bahasa Brazil'. Begitu juga dengan Mexico tetap mengekalkan bahasa Sepanyol, tidak menjadikannya bahasa Mexico. Begitu juga dengan Amerika Syarikat dan Scotland dalam konteks bahasa Inggeris.
"Kita tidak harus terikut-ikut dengan kekeliruan di Indonesia. Kita harus melihat Brunei yang tegas mempertahankan bahasa Melayu. Kita tidak harus melakukan sesuatu yang amat dangkal dan superfisial seperti yang dilakukan oleh kabinet itu.
"Kabinet harus merujuk hal ini kepada pakar bahasa seperti DBP dan mereka yang berkaitan. Mereka juga harus berani meminda Perkara 152 yang mana pindaan ini mesti diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja," katanya yang kesal dengan tindakan tersebut.
Keputusan kabinet menggunakan istilah Bahasa Malaysia yang antara lain dengan alasan untuk memperkasa bahasa kebangsaan juga disifatkan Abdul Aziz akan lebih mengelirukan orang Melayu serta belum tentu dapat diperkasakan.
"Yang penting kembalikan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Lain yang bermasalah lain pula yang ditangani. Ini ibarat kepala yang sakit, tetapi kaki pula yang dirawat," katanya. - mns

