Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Monday, December 17, 2007

Semakan Penempatan Guru KPLI, IPTA Dan JAPIM Tahun 2008

( *Perhatian: Untuk Semakan Terkini Penempatan Guru Lepasan KPLI dan IPTA 2009 Klik DISINI )


SALURAN ALTERNATIF
Keputusan semakan penempatan Guru KPLI, IPTA dan JAPIM 2008 boleh dibuat disini dengan memasukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang semak


Semakan Penempatan Guru KPLI 2008
Sila masukkan No Kad Pengenalan Anda
No. Kad Pengenalan
:
Contoh: 790811055647


Semakan Penempatan Guru Lepasan IPTA 2008

Sila masukkan No Kad Pengenalan Anda
No. Kad Pengenalan
:
Contoh: 790811055647


Semakan Penempatan Guru Pendidikan Islam 2008

Sila masukkan No Kad Pengenalan Anda
No. Kad Pengenalan
:
Contoh: 790811055647


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menyemak keputusan anda, sila klik disini. Terima kasih.

Thursday, November 15, 2007

Keputusan UPSR 2007 Hari Ini

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 akan dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, semua calon boleh mendapatkan keputusan mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing.

Seramai 511,519 calon menduduki UPSR iaitu 504,537 orang atau 98.6 peratus calon sekolah kementerian dan 6,982 calon sekolah swasta.

Thursday, September 6, 2007

Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) akan dilancarkan

Tahun Satu hingga Tingkatan 3 di sekolah yang sama.

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran memperkenalkan satu konsep baru bagi membolehkan murid mengikuti pembelajaran selama sembilan tahun dari Tahun Satu sehingga Tingkatan Tiga di sekolah yang sama.

Konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) itu bertujuan menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu serta memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) di digunakan secara optimum.

Buat permulaan, Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2 Paloh Hinai, Pekan, Pahang, dipilih bagi merintis pelaksanaan projek itu yang akan dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Sabtu ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Khas, Dr Salbiah Ismail, berkata asrama harian akan disediakan bagi memastikan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dapat mengakses pendidikan secara berterusan.

“Kira-kira 60 pelajar Tahun Enam di sekolah itu akan menjadi kumpulan sulung memasuki Tingkatan Satu di sekolah sama, tahun depan.

“Kemasukan ke sekolah itu tidak hanya terbatas kepada mereka, sebaliknya turut terbuka kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari sekolah rendah lain,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Sumber


Saturday, June 16, 2007

Bantah Univerisiti Malaya di pindah ke Sepang

KUALA LUMPUR 15 Jun - Universiti Malaya (UM) adalah warisan negara dan tapaknya di sini tidak harus dikorbankan untuk kepentingan perniagaan mana-mana pihak, kata lembaga pengarahnya hari ini sebagai membantah sebarang cadangan memindahkan universiti itu ke kawasan lain.

Pemangku Pengerusi Lembaga Pengarah UM, Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan berkata, mesyuarat lembaga itu hari ini mengarahkan pihak pentadbir Universiti Malaya menulis surat bantahan kepada Suruhanjaya Sekuriti, berhubung laporan mengenai hasrat syarikat hartanah, Guocoland (M) Berhad untuk memajukan tapak universiti itu, yang dianggap ‘tidak tepat dan mengelirukan demi kepentingan komersial syarikat berkenaan’.

“Universiti Malaya tidak sama sekali mengetahui rancangan syarikat itu untuk mengalihkan kampus UM ke satu kawasan baru seperti dilaporkan akhbar Selasa lepas,” kata Zulkefli dalam satu kenyataan.

Guocoland (M) Berhad, yang dikuasai jutawan Tan Sri Quek Leng Chan dilaporkan membuat tawaran untuk memindahkan universiti itu ke Sepang dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion.

Rancangan tersebut sebelum ini dibantah oleh Persatuan Kakitangan Akademik UM, Alumni UM, pensyarah, pentadbir dan mahasiswa.

“Universiti Malaya adalah universiti tertua di negara ini. Lembaga Pengarah universiti bertanggungjawab kepada ramai pemegang kepentingan, negara, masyarakat, alumni, kakitangan akademik dan pentadbiran serta mahasiswa,” katanya.

Semalam, Presiden Persatuan Alumni universiti itu, Datuk Noordin Abdul Razak membantah cadangan tersebut kerana menurutnya, universiti itu mempunyai nilai sejarah dan menjadi mercu tanda universiti awam di negara ini.

Ini bukan pertama kali tapak universiti itu menjadi sasaran pemaju hartanah. Cadangan serupa pernah timbul pada tahun 80-an.

UM kini menempatkan 9,304 pelajar, 2,268 tenaga akademik dan 2,275 kakitangan sokongan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post