Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts
Showing posts with label Dalam Negara. Show all posts

Thursday, August 18, 2011

Budaya Cheers - Mahasiswa UM bantah

Mahasiswa Universiti Malaya telah mengambil pendekatan ‘media alternatif’ apabila menyatakan satu bantahan melalui laman sosial Facebook dengan menubuhkan satu laman iaitu 'Kami Bantah Budaya Cheers di Minggu Haluan Siswa UM'.
Bantahan mengenai penerapan budaya barat semasa Minggu Haluan Siswa universiti tersebut mula mendapat perhatian umum terutama golongan mahasiswa dan pensyarah semenjak ditubuhkan 11 Ogos lalu.
Mahasiswa UM dalam bantahannya menggesa pihak pentadbiran UM menghapuskan penerapan budaya barat yang lebih dikenali 'cheers' itu yang sebelum ini merupakan salah satu tradisi di kampus tertua negara itu.
Budaya 'cheers' merupakan aktiviti utama yang diwajibkan kepada semua mahasiswa baru Universiti Malaya setiap kali tibanya sesi baru pengajian.
Mahasiswa yang membantah budaya tersebut mensasarkan Minggu Haluan Siswa UM Sesi 2013/2014 sebagai sesi pengajian pertama tanpa penerapan budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam tersebut.
Sementara itu, pensyarah UM Cawangan Nilam Puri, Dr. Shukeri Mohamad dalam satu kenyataannya menyokong bantahan yang dilakukan dan perlu merujuk pelaksanaan Minggu Haluan Siswa di UM Nilam Puri sebagai alternatif.
"Saya sendiri tidak pasti sama ada zaman dahulu semasa saya belajar di sana terdapat 'cheers' atau tidak tetapi memang dari dahulu lagi UM sudah dimomokkan dengan banyak aktiviti dan agenda negara barat.
"Dan saya cadangkan pihak berkenaan rujuk bagaimana perjalanan Minggu Haluan Siswa di UM Nilam Puri sebagai alternatif menggantikannya," jelasnya yang juga graduan UM.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Muhammad Safwan Anang@Talib pula mengambil pendekatan dan jawapan berbeza mengenai isu terbabit.
"Di pihak kami (PMIUM), kami sehingga kini masih belum ingin mengambil alih isu ini dan kami sedar timbulnya isu ini adalah kerana timbulnya kesedaran di kalangan mahasiswa terbabit.
"Bukan bermakna kami tidak sensitif dengan isu terbabit, cumanya kami ingin semua pihak jelas dan nampak mengapa isu tersebut ditimbulkan,” ujarnya yang juga mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM dalam satu kenyataan.
PMIUM sebelum ini lebih dikenali apabila sering mendahului isu-isu berkaitan sensitiviti agama dan sosial di sekitar kampus dan nasional.

Saturday, April 4, 2009

Ucapan Rasmi Pertama Perdana Menteri Malaysia Ke 6

Perutusan sempena penerimaan jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6

Bagi pihak seluruh Rakyat Malaysia, pertama sekali saya merakamkan rasa penghargaan dan ucapkan terima kasih kepada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi atas sumbangan khidmat cemerlang sepanjang 31 tahun kepada negara. Begitulah juga komitmen YABhg. Tun dalam pengukuhan demokrasi dan institusi penting dalam negara, serta teladan kepemimpinan yang cukup berhikmah.

Secara peribadi, saya amat berterima kasih atas keyakinan YABhg. Tun Abdullah menamakan saya sebagai penggantinya. Saya juga merakamkan ucapan junjungan kasih setinggi-tingginya atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong melantik saya sebagai Perdana Menteri dalam istiadat mengangkat sumpah jawatan pagi tadi.

Dengan penuh rasa tawaduk dan kerendahan hati, saya menerima amanah tanggungjawab ini untuk berkhidmat kepada Rakyat dan Negara.

Sesungguhnya seawal usia yang masih muda, dan sepanjang hidup dewasa, telah saya abdikan berkhidmat untuk rakyat. Semua ini lahir hasil dari inspirasi dan dorongan serta suri teladan Allahyarham Ayahanda saya.

Memang saya tersentuh dan terpanggil untuk meneruskan agenda besar kerajaan untuk membasmi kemiskinan, menstrukturkan semula masyarakat Malaysia, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua, serta meniupkan semangat sebuah generasi baru untuk menumpah khidmat kepada Malaysia.

Justeru itulah, sepanjang khidmat awam saya, pentingnya aspek keberhasilan sentiasa ditekankan. Sama ada melalui kemudahan yang lebih selesa bagi para pendidik, meningkatkan kualiti hidup para perwira tanah air, mahupun dalam memperkasakan ekonomi bagi memelihara kesejahteraan rakyat di saat kita menghadapi cabaran ekonomi global.

Dalam waktu terdekat ini, saya akan bertukar-tukar pendapat dengan pelbagai lapisan pemimpin masyarakat dari seluruh negara dalam menentukan keutamaan kerajaan.

Dalam hal ini, saya amat menyedari bahawa kita perlu mengambil manfaat dari kejayaan kini dan beriktibar pula dengan pengajaran masa lalu.

Pada asasnya, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik.

Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan kita bangunkan setinggi-tingginya. Kita percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.

Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi DUA surat khabar serta membebaskan TIGA BELAS tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA berkuat kuasa serta-merta. Proses kajian semula terhadap Akta ISA akan juga dimulakan.

Saya sedar sudah tepat masanya kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap merbahaya dan munasabah. Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.

Atas segalanya, saya menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga.

Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita. Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia.

Dengan ini saya mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat Negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Saya panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya terus dikurniakan kekuatan, kemudahan serta hikmah dalam menjalankan amanah besar ini.

Dengan izin Allah jua, marilah kita memulakan langkah perjalanan hebat ini - bersama sama.

Saturday, January 3, 2009

New Policy & Event for Malaysian in 2009

Politik

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyerahkan jawatan Presiden Umno kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Peralihan kuasa tersebut akan berlaku semasa Perhimpunan Agung Umno, Mac ini.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan berlangsung 17 Januari ini. Hari penamaan calon adalah pada 6 Januari. Ia diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen bahagian itu, Datuk Razali Ismail yang juga Timbalan Menteri Pelajaran pada 28 Disember lalu akibat serangan jantung.

Pemilihan parti MIC akan bermula April ini dan akan berakhir dengan perhimpunan agung parti pada Jun.

Pengangkutan

Penumpang kenderaan di bahagian belakang wajib memakai tali pinggang keselamatan berkuat kuasa semalam. Peraturan itu dikenakan ke atas semua penumpang bagi kenderaan yang mempunyai sembilan tempat duduk atau kurang daripada itu. Mereka yang melanggar peraturan itu akan dikompaun RM300 sehingga hujung Jun ini dan jumlah itu akan meningkat RM2,000 atau maksimum satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali bermula 1 Julai ini.

Penunggang motosikal yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Persekutuan, Lebuh Raya Baru Lembah Klang, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson dan Lebuh Raya Elite akan mendapat diskaun 10 peratus jika melakukan perjalanan antara tengah malam sehingga 7 pagi bermula semalam sehingga 31 Disember 2010.

Kes mahkamah


Mahkamah Tinggi akan mendengar permohonan pendakwaan sama ada perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibicarakan oleh Mahkamah Sesyen.

Caruman KWSP

Bermula bulan ini, sebahagian daripada 5.5 juta penyumbang EPF boleh memilih untuk mengurangkan sumbangan bulanan mereka daripada 11 kepada 8 peratus. Langkah itu bagi membenarkan pekerja mempunyai lebihan pendapatan setiap bulan.

Cukai

Pelaksanaan sistem baru potongan cukai berjadual (PCB) berkuat kuasa semalam yang memberi pilihan kepada pekerja dan dan majikan untuk menentukan sendiri jumlah potongan cukai setiap bulan.

Rokok

Kotak rokok diwajibkan mempunyai amaran bergambar yang menunjukkan bahaya tabiat merokok. Amaran bergambar itu mesti melitupi 40 peratus bahagian depan dan 60 peratus bahagian belakang kotak.

Harga minyak

Harga petrol dan diesel bersubsidi bagi nelayan kini turun daripada RM1.30 kepada RM1.20 seliter.

Pinjaman PTPTN

Caj perkhidmatan tiga peratus pinjaman PTPTN kini dikurangkan kepada satu peratus.

BPR

BPR kini dikenali dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia. Penubuhan suruhanjaya tersebut diluluskan Dewan Rakyat 16 Disember lalu.

Radio Televisyen Malaysia

RTM1 dan RTM2 kini dikenali sebagai TV1 dan TV2 dan akan bersiaran selama 24 jam yang akan menyiarkan 49 berita sehari dan pelbagai program berinformasi.

Thursday, March 27, 2008

Refreshed Rakan Muda

Last night, while I was watching Buletin Utama, one new advertisement on Rakan Muda is shown. The refreshed Rakan Muda is inviting all youth & teenagers to join the program which is applicable to teenagers that ages below than 27 years old.

If you are born on 1981 and before, you cannot join this program anymore . According to the www.2-u.com.my (the official of refreshed Rakan Muda), Rakan Muda programme is based on the transformation of an implementation philosophy which had a focus on the individual, to one which has a focus on the community. This philosophy is in line with the Community Youth Development approach. Below is TVC of refreshed Rakan Muda programe.


The emphasis in the Community Youth Development approach is on the total involvement of youth and local communities. Youth will work together with local communities to carry out various activities including those in the economic, social, and cultural arenas, which would be accomplished through Gaya Hidup Rakan Muda or the Rakan Muda Lifestyle.


This involvement will raise the role of youth in society and bring about overall development to communities. Indirectly, this transformation will also bring youth into the current of national development.

This refreshed Rakan Muda provide membership card that can be apply through their website.
(Click here to register).

Wednesday, February 27, 2008

Another Photo of Proton MPV


Photobucket - Video and Image Hosting

Here is another photo of Proton MPV taken at East West Highway during the CarSTUDIO photo shoot last month. Rumours said that Proton will be launch the MPV earlier than what their Managing Director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said before. This is because of marketing strategy to put the Proton MPV as family car in MPV segment as a successfully automobile as what they achieved like Proton SAGA and Proton PERSONA.

Related Article:
  1. Proton MPV Photo Unveiled

*Updated Info : According to Mr Paul Tan from Paultan.org and another commentator on this blog, this photo is fake. So judge yourself whether it is true or not. Actually I did some searching in the internet and its true.


Wednesday, February 20, 2008

UNDILAH

Untuk KENAIKAN TOL, KENAIKAN MINYAK, KENAIKAN HARGA BARANG, MENGAYAKAN PEMIMPIN BN, PENYELEWENGAN, RASUAH, SEKS, PEMBAZIRAN, SAMSENG, AMPU SANA, AMPU SINI, HIPOKRIT, TALAM DUA MUKA DAN BANYAK LAGI undilah BARISAN NASIONAL (BN)" atau,

"Anda penyokong setia BN? Bagus dan terima kasih. Kerana anda akan pastikan kemenangan kepada BN. Dengan kemenangan ini anda akan terus MEMBAYAR TOL (walaupun penyokong setia) dan MENGKAYAKAN PEMIMPIN ANDA (biar pun penyokong setia tidak mendapat apa-apa pun).

Anda juga dapat membiarkan PEMIMPIN BN DAPAT MEMBINA RUMAH BESAR-BESAR, MENAIKKAN HARGA MINYAK, MENYEBABKAN KENAIKAN HARGA BARANG, MELAKUKAN RASUAH, PENYELEWENGAN, PENIPUAN, MELAKUKAN SEKS, PEMBAZIRAN DUIT RAKYAT DAN BANYAK LAGI. We LOVE U!

Thursday, February 14, 2008

Panduan Pilih Pemimpin Untuk Pilihan Raya Umum ke-12

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Hrkh) -"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Demikianlah ucapan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq ketika dilantik menjadi khalifah, selepas wafatnya baginda Rasulllah s.a.w yang dinukilkan semula oleh Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Haron Din sewaktu diminta untuk memberi panduan kepada umat Islam memilih pemimpin pada pilihan raya umum akan datang.

"Pemerintah,pemimpin atau individu yang terdiri daripada pembodek-pembodek, perasuah, guna harta dan tercalar akhlak wajib ditentang dan ditolak sama sekali berpandukan syarak dan ucapan Abu Bakar as-Siddiq itu," katanya ketika hubungi Harakah.

Kata Haron Din umat Islam berkewajipan memilih pemimpin mengikut tuntutan syarak yang berpandukan al-Quran dan Sunnah di samping pemerintah juga wajib mendapat restu rakyat dan salah satu contoh yang boleh dijadikan panduan ialah ketika Rasullullah mendirikan kerajaan Islam Madinah termasuk ketika melantik Abu Bkar menjadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhammad.

"Kini giliran kita memilih pemimpin berpandukan kepada kaedah syarak untuk mewakili rakyat untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya akan datang," katanya ketika dihubungi Harakah.

Syarak katanya menentukan rakyat memilih pemimpin sepertimana melantik imam di dalam solat jemaaah iaitu yang terbaik di kalangan yang sedia ada.

"Maksud terbaik ialah bersih dan kuat imannya, lebih bertaqwa, lebih pandai hukum Islam dan lebih komited kepada agama Allah," katanya

Beliau turut memberi contoh bagaimana Bani Israel pada zaman dahulu menghendaki pemimpin dan meminta Allah memilih, namun pilihan tersebut iaitu Taalut dibantah mereka kerana calon tersebut tidak berharta.

Lalu Nabi ketika itu menjelaskan bahawa walaupun Taalut tidak berharta tetapi mempunyai ilmu yang tinggi dan akhlak mulia serta berani, katanya.

"Umat Islam boleh merujuk ayat 247 surah al-Baqarah sebagai panduan dan tips untuk memilih pemimiin dalam pilihan raya akan datang," katanya

Dalam pada itu beliau melarang para pengundi memilih individu yang menggunakan hartanya untuk membeli undi dan tercalar akhlaknya.

"Taatilah pemerintah bukan bermaksud membuta tuli kepada sesiapa atau mana-mana sahaja pemimpin tetapi yang terbaik di kalangan kamu seperti yang disebut dalam al-Quran," katanya.

Panduan Mengundi Pada Pilihanraya ke 12

CIRI UTAMA DEMOKRASI DAN PENDIRIAN ISLAM TENTANGYA

1) Pemerintah dari kalangan rakyat.

Asas ini diterima oleh Islam sebagaimana Sabda Nabi SAW :

خيارأئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم وتصلون عليهم ويصلون عليكم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم و يلعنونكم

Mafhum : Sebaik-baik pemimpin kamu adalah mereka yang kamu sukai, dan mereka( pemimpin) juga menyukai kamu, kamu mendoakan mereka, begitu juga mereka, manakala seburuk-buruk pemimpin adalah mereka yang kamu benci dan mereka juga benci kepadamu, kamu melaknat mereka, mereka juga melaknat kamu" (Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadith [5] :

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق روؤسهم شبرا..وذكر أولهم.. رجل أم قوما وهم له كارهون

Mafhum : "Tiga kumpulan yang tidak diangkat solatnya walapaun sejengkal di atas kepala mereka, ...disebut pertamanya, lelaki yang mengimamkan kaum, dalam keadaan kaum membencinya"

Jelas dari hadith tadi, Islam juga menitik beratkan kepimpinan rakyat yang disukai oleh rakyat, justeru realiti semasa bagi mengetahui kesukaan rakyat kepada seseorang pimpinan adalah melalui kaedah pengundian.

2) Pemerintah bekerja untuk rakyat.

Pemerintah bekerja untuk kebaikan rakyat. Ciri ini juga telah diterima oleh Islam sebagaimana konsep kepimpinan dalam Islam, dimana pemimpin hakikatnya menjadi petugas yang bersusah payah bagi kebaikan rakyat. Di sebut di dalam sebuah Hadith :

سيد القوم خادمهم

Mafhum : "Pemimpin kaum adalah org yang berkhidmat (khadam) bagi kaum." [6]

Khalifah Abu Bakar as-siddiq, berkata : Wahai manusia, aku bekerja untuk keluargaku maka aku mencari penghasilan untuk makanan mereka, sekarang aku bekerja untuk kamu, maka tetapkanlah buatku dari Baitul Mal kamu" [7]

Khalifah Uthman ra juga pernah menegaskan bahawa : " Urusan aku adalah menuruti urusan kamu"

Abu Muslim al-khawalani, seorang faqih tabi'ein masuk menemui Muawiyyah ra. lalu berkata :

السلام عليكم أيها الأجير

Mafhum : "Asallamualaikum wahai org gaji"

Malah pemimpin Islam bertanggung jawab menyelamatkan rakyatnya dengan memberikan bantuan apabila mereka dalam kesusahan sebagaimana firman Allah dalam ayat 33, Surah al-Maidah. Malah kewajiban utama para pemimpin Islam adalah memberikan nasihat-nasihat keagamaan terhadap rakyatnya sebagaimana disebut di dalam hadith riwayat Bukhari dan Muslim yang masyhur. Tugas mereka juga adalah untuk menguatkuasakan undang-undang bagi mencegah keburukan dunia dan akhirat dari menimpa rakyatnya.

Sabda Nabi SAW :

عن معقل بن يسار قال: سمعت النبي(ص) يقول: ما من عبد استرعاه الله رعية فلم يحطها بنصيحة إلا لم يجد رائحة الجنة

Mafhum : "Tiada seorang manusia pun yang Allah memberikannya kuasa pemerintahan, kemudian ia tidak memberikan nasihat Islam (kepada rakyatnya) kecuali tiadalah ia mendapat cium bauan syurga" ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) [8]

Sebuah hadith lagi menyebut

الناس على دين ملوكهم

Ertinya : "Sesungguhnya rakyat akan mengikut gaya, cara hidup dan agam pemimpin mereka" [9]

Cuma perbezaan terzahir jika dilihat dari cara kerja pemimpin dalam sistem Islam dan demokrasi. Pemimpin dalam system Islam bekerja untuk rakyat kerana Allah manakala pemimpin demokrasi tidak bekerja untuk Allah pada konsep asalnya tetapi bebas menurut pengamal demokrasi tersebut.

3) Suara majoriti adalah terpakai.

Asalnya Islam tidak meletakkan suara majoriti sebagi pemutus dalam semua pekara. Ia tidak tepakai dalam perkara-perkara thawabit [10]. Perkara thawabit juga tidak boleh berubah menurut zaman dan masa, ia adalah perkara yang mesti dilakukan serta tiada ruang ihtimal. Manakala perkara mutaghayyirat adalah perkara dari Nusus Zanniyyah seperti Nas umum (menurut jumhur), lafaz bersifat Mutlaq terutamanya dalam perkara ijtihadiyyah dan baru [11]. serta perkara-perkara bersifat strategi kepimpinan dan politik yang tiada nas qati'e.

Firman Allah SWT :

وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله إن يتبعون إلا الظن وإن هم إلا يخرصون

Mafhum : "Sekiranya kamu mentaati majority di atas muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu, mereka tiada menurut kecuali sangkaan..." ( Al-An'am :116)

Justeru, Islam menerima suara majority dalam hal ‘mutaghayyirat' tetapi dengan syarat-syarat tertentu, menurut keadaan dan maslahat seperti hanya undian di kalangan ‘ ahl al-hal wal al-‘aqd ' [12] atau dalam menentukan bentuk-bentuk tindakan dan bukannya bersifat hukum. Juga dalam urusan melantik pimpinan atau juga urusan kemaslahatan rakyat seperti membina lebuh raya dan menetapkan cukai tol.

Ini bermakna unsur ini juga diterima oleh Islam, cuma dalam ruang lingkup yang terhad, ini kerana aqal manusia tidak mampu mengetahui seluruh kebaikan untuk manusia, hanya Allah swt yang mengetahui kebaikan sebenar untuk manusia. Perlu di ingat bahawa Allah tidak menafikan fungsi aqal dalam menentukan tindakan terhadap perkara baru selagi mana tidak melanggar nas atau ‘maqasid syariat'.

4) Rakyat diberi hak kebebasan sewajarnya.

Islam juga mengiktiraf kebebasan individu samada dalam menegur pemerintah, kerjaya yang halal, beragama dan mengamalkan, pemilikan harta dan banyak lagi. Bagaimanapun demi menjaga ketenteraman manusiawi samada rohani dan jasmani maka kebebasan yang dianjur oleh Islam mempunyai batasannya. Secara ringkas batasannya terkandung dalam 5 perkara dharuriyyat [13] :

i. Aqidah : Bermakna disekat kebebasan bagi keluar atu menggugat aqidah Islam samada murtad atau memerangi Islam. Juga tidak dibenarkan merosakkan aqidah umat.

ii. Nyawa : Kebebasan Islam tidak membenarkan membunuh tanpa hak, membunuh diri, menyakiti individu lain tanpa hak, maka tidak dibenarkan juga menyerang sesama manusia tanpa sebab.

iii. Aqal : Kebebasan Islam tidak membenarkan umatnya merosakkan aqalnya samada dengan meminum arak, dadah atau apa jua yang memabukkan, tidak juga bebas melihat atau melakukan sesuatu yang boleh merosakkan aqal.

iv. Keturunan/Maruah: Kebebasan Islam juga tidak membenarkan mencabul kehormatan sesama manusia, tidak juga dibenarkan berzina, menuduh zina tanpa saksi, mengumpat, memfitnah, dan mencari-mancari kesalahan manusia.

v. Harta : Kebebasan Islam tidak membenarkan merampas harta, curi, rompak, memeras, menipu, menindas secara riba dan seumpamanya.

Lalu, secara teori umum, Islam menerima kaedah ini tapi diperincikan bersama pengecualian-pengecualian demi kemaslahatan manusia.

5)Rakyat berhak menegur kepimpinan yang silap serta berhak menjatuhkannya.


Item ini jelas, bertepatan dengan Islam, ia bertitik tolak dari kepimpinan adalah amanah dan tangung jawab, sebarang penyelewengan mesti ditegur oleh rakyat. Rasulullah sendiri menerima pandangan dann teguran para sahabat dalam beberapa persitiwa yang terkenal antaranya, teguran Al-Habbab Ibn Munzir dalam menentukan kubu terbaik dalam peristiwa perang Badar, begitu juga teguran suad dalam kes ditolak dengan busar oleh Rasul dan banyak lagi.

Hak teguran ini digalakkan begitu hebat di zaman Khalifah Islam yang pertama Abu Bakar As-Siddiq dimana beliau menyatakan dalam ucapannya yang mashyur[14]:

وليت عليكم ولست بخيركم فإن أحسنت فأعينوني و...أطيعوني ما أطعت الله ورسوله فإذا عصيت الله فلا طاعة لي عليكم

Mafhum : "Sesungguhnya aku hanya dilantik dr klgn kamu, bukanlah aku yang terbaik dr kamu, kiranya aku berada di landasan kebenaran maka bantulah aku, taatilah aku selagi mana aku mentaati Allah dan RasulNya, maka apabila aku menderhaka Allah maka tiadalah wajib lagi taat kepadaku"

Islam mempunyai sikap tegas terhadap para pemerintah zalim dan bersifat autokratik atau diktator. Sabda Nabi SAW [15]:

أشد الناس عذابا يوم القيامة إمام جائر

Mafhum : "Sekeras2 manusia yang dikenakan azab di akhirat kelak adalah pemimpin yang zalim"

Bagaimanapun rakyat yang ingin menegur pimpinan negara Islam seeloknya menjaga adab-adab teguran yang sesuai tetapi jika ia tidak diendahkan, Islam membenarkan pimpinan tersebut diturunkan kerana ia dianggap kepimpinan negara Islam yang menyeleweng, demikianlah pandangan Syeikh Sa'id Hawwa di dalam kitabnya Jundullah hlm 380. Ulama lain juga menambah bahwa proses menurunkan perintah itu boleh dibuat secara aman. Prof. Dr. Muhd Salam Madkur[16] menegaskan adalah suatu kewajiban untuk menurunkan pemimpin fasiq dengan syarat kita mempunyai bukti tentang kefasiqan serta pemimpin tersebut tidak lagi boleh diberi nasihat. Demikian juga pandangan Imam Abu Hanifah[17], Imam al-Qurtubi[18] , Imam Abu Hamid al-Ghazali[19] (505 H) , Imam as-Syawkani[20] (1255 H) dan Dr. Yusoff Al-Qaradhawi[21].

Manakala Abu Yu'la al-Farra al-hanbali [22] menuruti pandangan Imam Ahmad Hanbal yang tidak menentang dan menjatuhkan khalifah Makmun dan Mu'tasim. Imam Al-Mawardi ( 450 H) menyebut dalam sesebuah negara Islam yang menyeleweng seorang khalifah itu boleh diturunkan jika berlaku kezaliman dan fasiq[23].

Imam an-Nawawi pula dalam mensyarahkan hadith muslim, "Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya (dengan mengangkat senjata bukan pilihanraya dan undi) adalah haram dengan Ijma' al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti di dalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan? Kata para ulama? :" Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.?

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: " Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam. [24] (Syarah Sohih Muslim oleh an-Nawawi, jld 12)

Ad-Dawudi pula menyebut: "yang menjadi pegangan para ulama, mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar" (Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

Ibn ‘Atiyyah pula menyatakan : "As-Syura adalah prinsip syariah, mana-mana pemimpin yang tidak ber'syura' bersama ahli agama, maka menjatuhkannya adalah WAJIB" [25]

Maka kaedah Pilihanraya yang ada pada hari ini tanpa syak lagi, adalah suatu kaedah yang berkesan untuk memecat pemimpin zalim dan mengabaikan tanggung jawab Islam dengan aman, tanpa fitnah dan pembunuhan. Selain itu, wajib pula berusaha mengubah kemungkaran melaluinya.

Rasulullah SAW juga telah menyatakan keharusan merebut kekuasan dari pimpinan sebagaimana hadithnya :

دخلنا على عبادة بن الصامت وهو مريض قلنا أصلحك الله حدث بحديث ينفعك الله به سمعته من النبي صلى الله عليه وسلم قال دعانا النبي صلى الله عليه وسلم فبايعناه فقال فيما أخذ علينا أن بايعنا على السمع والطاعة في منشطنا ومكرهنا وعسرنا ويسرنا وأثرة علينا وأن لا ننازع الأمر أهله إلا أن ترو كفرا بواحا عندكم من الله فيه برهان

Mafhum : Kami telah berbai'ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbai'ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah' (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbai'ah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. [26]

Jelas dari hadith di atas tahap untuk kesabaran dan tindakan yang perlu diusahakan oleh individu Islam terhadap pemerintah mereka yang terang-terang melakukan maksiat serta menggalakkannya. Dalam hal ini, pilihanraya adalah salah satu medan yang terbuka demi menunaikan tanggung jawab tersebut. Saya tidak mengtaakan ianyaa adalah satu-satunya jalan, tetapi ia adalah salah satu jalan yang boleh diguna pakai demi mencapai matlamat besar Islam. Wallahu a'lam.

Tarikh Mengundi Pilihanraya ke12

PUTRAJAYA 14 Feb. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memilih tarikh 8 Mac sebagai hari rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-12.

Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 24 Februari ini, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Tempoh berkempen dalam pilihan raya itu adalah selama 14 hari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Parlimen Dibubarkan

PUTRAJAYA 13 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan, iaitu 15 bulan sebelum mandat penggal sekarang berakhir pada Mei 2009.

Serentak itu, semua Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali Sarawak turut dibubarkan.

Perdana Menteri memberitahu sidang akhbar di sini pada pukul 12.35 tengah hari bahawa beliau diiringi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pagi ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen ke-11 berkuat kuasa hari ini.

“Seri Paduka telah menandatangani Perisytiharan Pembubaran Parlimen pada hari ini. Kerajaan-kerajaan negeri juga telah dinasihati supaya membubarkan Dewan-Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa tarikh yang sama,” katanya.

Sepanjang sidang akhbar sepuluh minit itu, Abdullah berdiri di rostrum yang terletak di sebelah bendera Malaysia di Bilik Sidang Akhbar Jabatan Perdana Menteri di sini ditemani Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parlimen telah dimaklumkan berkenaan pembubaran itu.

“SPR akan menetapkan tarikh penamaan calon dan hari pembuangan undi,” katanya.

Pengumuman Abdullah itu sekali gus menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya umum ke-12 yang hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu.

Pada sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan, Abdullah berharap pilihan raya umum kali ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

Beliau yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) akan mendapat semula mandat dua pertiga seperti yang diperoleh pada pilihan raya umum ke-11 pada 21 Mac 2004.

Pada pilihan raya itu, BN menang 198 daripada 219 kerusi Parlimen dan memperoleh undi popular 64 peratus. Ia merupakan antara pencapaian terbaik BN dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak 50 tahun lalu.

Sebelum Parlimen dibubarkan hari ini, pembangkang mempunyai 20 kerusi di Dewan Rakyat iaitu DAP 12 kerusi, Pas enam kerusi manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Bebas masing-masing satu kerusi.

Di peringkat DUN, BN menguasai 454 kerusi, Pas 36 kerusi manakala DAP 15 kerusi. BN memerintah di semua negeri kecuali Kelantan.

Perdana Menteri meminta pengundi memberi sokongan besar kepada BN demi manfaat mereka dan kepentingan negara.

‘‘Saya berharap pengundi faham isu-isu dalam negara, beri penilaian secara objektif dan beri undi kepada BN,” katanya.

Sejumlah 222 kerusi Parlimen akan dipertandingkan pada pilihan raya umum ke-12 manakala 505 kerusi DUN akan direbut parti-parti politik di peringkat negeri.

Pilihan raya umum kali ini turut menyaksikan pertambahan tiga kerusi baru bagi Parlimen Sarawak ekoran persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2006.

Abdullah percaya BN akan meraih kemenangan besar berdasarkan prestasi parti pemerintah itu yang melaksanakan segala janjinya.

Katanya, program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan BN telah memberi manfaat kepada rakyat.

Menjelang hari pengundian, kata beliau, jentera BN telah disusun rapi bagi menghadapi pilihan raya umum dan apa yang perlu dilakukan sekarang hanyalah untuk menggerakkannya.

Mengenai senarai calon pilihan raya BN, Abdullah berkata, ia akan menyaksikan gabungan muka lama dan muka baru.

‘‘Apabila senarai itu telah ditetapkan, maka pada waktu itu kita akan tahu berapa orang muka lama, berapa orang muka baru,” katanya.

Perdana Menteri turut ditanya mengapa beliau membubarkan Parlimen 15 bulan lebih awal dari tarikh tamat tempoh penggal lima tahun yang akan berakhir pada 16 Mei 2009.

‘‘Tidak salah. Tidak ada kesalahan (bubar lebih awal). Saya fikir elok juga. Kalau kita hendak buat (pilihan raya) pada waktu ini pun tak apa.

“Saya percaya dengan kekuatan mandat nanti, insya-Allah kita akan dapat meneruskan usaha-usaha kita untuk memajukan negara dan memberi nikmat kepada rakyat,” ujarnya.

Abdullah juga yakin pembubaran Parlimen tidak akan menjejaskan perayaan dan aktiviti masyarakat Cina yang masih merayakan sambutan Tahun Baru Cina.

Ditanya mengenai keistimewaan tarikh 13 Februari sehingga beliau memilih tarikh itu bagi membubarkan Parlimen, sambil ketawa Abdullah berkata: “Tak payah ulaslah, tak payah ulaslah.”

Angka 13 diketahui umum merupakan angka kegemaran Perdana Menteri.

Malah ketika Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini, beliau yang ditemani Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan menaiki kenderaan rasmi Proton Perdana bernombor pendaftaran WCH13.

Banyak pihak sebelum ini meramalkan pengundian akan diadakan pada 1 atau 8 Mac ini manakala hari penamaan calon dijangka diadakan 10 hari sebelum itu pada minggu terakhir bulan ini.

Mengikut Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Dalam beberapa pilihan raya umum lepas, SPR menetapkan tempoh kempen hanya selama 10 hari. Biasanya kerajaan telah dibentuk tidak sampai tiga minggu selepas Parlimen dibubarkan.

Pada pilihan raya umum ke-11, hari pembubaran Parlimen, hari penamaan calon dan hari pengundian berlangsung dalam tempoh 17 hari.


Sunday, January 27, 2008

Proton Saga Serba Baru Come Lote


Proton Saga Baru

Maybe masih belum terlewat untuk komen sikit pasal keluaran terbaru kereta Proton : Proton Saga. Cantik sungguh, itulah yang yang dapat saya katakan setelah pergi ke show room EON kat KB, 19 Januari lalu. Kesempatan selepas ambil kereta Proton saya kat pusat servis sebelah itu saya gunakan untuk lihat-lihat & usik-usik sikit kereta comel ini.

Come lote oghe kelate kato. Padan dengan harganya yang sangat menarik. So, kepada sesiapa yang ingin membeli kereta untuk kegunaan santai, inilah keretanya. Tak yah fikir-fikir lagi, memang sesuai betul. Satu lagi, tahniah untuk Proton.. kerana kereta ini... Saya memang sokong kereta ni.



Proton Saga Baru 1


Proton Saga Baru 2


Proton Saga Baru 3


Proton Saga Baru 4


Proton Saga Baru 5


Proton Saga Baru 6


Proton Saga Baru 7


Proton Saga Baru 8


Proton Saga Baru 9


Proton Saga Baru 10


Monday, December 17, 2007

Semakan Penempatan Guru KPLI, IPTA Dan JAPIM Tahun 2008

( *Perhatian: Untuk Semakan Terkini Penempatan Guru Lepasan KPLI dan IPTA 2009 Klik DISINI )


SALURAN ALTERNATIF
Keputusan semakan penempatan Guru KPLI, IPTA dan JAPIM 2008 boleh dibuat disini dengan memasukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan butang semak


Semakan Penempatan Guru KPLI 2008
Sila masukkan No Kad Pengenalan Anda
No. Kad Pengenalan
:
Contoh: 790811055647


Semakan Penempatan Guru Lepasan IPTA 2008

Sila masukkan No Kad Pengenalan Anda
No. Kad Pengenalan
:
Contoh: 790811055647


Semakan Penempatan Guru Pendidikan Islam 2008

Sila masukkan No Kad Pengenalan Anda
No. Kad Pengenalan
:
Contoh: 790811055647


Sekiranya anda mempunyai masalah untuk menyemak keputusan anda, sila klik disini. Terima kasih.

Saturday, December 15, 2007

Petronas - Kad Mesra Widget










A cool feature that allows you to check your Kad Mesra points. There are 3 different widgets for you to choose!

You just need to do is download this application and you will be ready to use this widget.

Simple download steps
  1. Step 1 - Select which widget you intend to use. Click on the “Download” icon shown below.
  2. Step 2 - Upon clicking on this icon a pop up window will prompt you to save the widget application.
  3. Step 3 - Choose suitable location to save your widget application.
  4. Step 4 - The widget application file saved is a ZIP file. You will need to double click on the ZIP file and proceed to extract the widget application. (save the application in the same location)
  5. Step 5 - Double click the extracted file and follow the instructions on screen.
  6. Step 6 - Your download is now complete! All you have to do is double click on the widget icon on your desktop.

Thursday, December 13, 2007

Gambar-gambar kereta Peraduan Petronas Supercar Craze


Mitsubishi Evolution IX
Mitsubishi Evolution IX

Subaru Impreza STI
Subaru Impreza STI

Mini Cooper S
Mini Cooper S

Honda Civic Type R
Honda Civic Type R 2007 (salah satu)

Honda Civic Type R
Honda Civic Type R EP3 (salah satu)

BMW 320i AC Schnitzer
BMW 320i AC Schnitzer

Audi TT
Audi TT

Monday, December 10, 2007

Sertailah Peraduan PETRONAS Supercar Craze Sekarang

Petronas Supercar Craze Contest


Jom sertai Peraduan Petronas SuperCar Craze hari ini juga. Untuk pengetahuan semua, peraduan ini telah bermula sejak 1 Disember 2007 yang lalu dan akan berakhir pada 31 Mac 2008 tahun hadapan.

Kepada pemilik Kad Mesra Petronas, ini adalah peluang keemasan yang diberikan oleh Petronas untuk anda sertai. Hanya dengan mengisi minyak sebanyak RM 20 di mana-mana stesen Petronas, anda secara automatik layak untuk menyertai peraduan ini.

Untuk makluman anda juga, peraduan ini adalah rentetan-rentetan kejayaan penganjuran peraduan-peraduan sebelum ini seperti Peraduan Saya Anak Merdeka Petronas pada tahun ini dan Peraduan Petronas Car Craze pada tahun lepas.

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik Baca Selanjutnya.

Artikel Berkaitan:


PETRONAS SUPERCAR CRAZE CONTEST TERMS & CONDITIONS

Eligibility
  1. The PETRONAS Super Car Craze Contest (“Contest”) is open to all valid credit card cardholders, ATM Bankcard cardholders from Affin Bank, Alliance Bank, AM Bank, Bank Islam, CIMB Bank, EON Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank and RHB Bank, SmartPay cardholders and Kad Mesra cardholders who are Malaysian citizens aged eighteen (18) and above (“Cardholders”).
  2. All Cardholders and Kad Mesra cardholders must have valid accounts and in good standing as determined by PETRONAS at its sole discretion to be eligible for the Contest and prizes.
  3. The following persons shall not be eligible to participate in the Contest:
    1. Employees of the PETRONAS group of companies and their immediate family members;
    2. Employees of Electronic Commerce Technology Sdn Bhd and their immediate family members, their advertising and promotional agencies; and.
    3. PETRONAS stations dealers as well as their immediate family member.
Contest Period
  1. The Contest Period shall run from 1 December 2007 until 31 March 2008 inclusive (“Contest Period”).
The Contest
  1. Cardholders who spend a minimum of RM20.00 in one (1) transaction at any PETRONAS service stations during the Contest Period are automatically eligible for one (1) entry. (Any additional RM20.00 spent in a single receipt shall be treated as another entry. For example, a transaction of RM40.00 will entitle the Cardholders to two (2) entries).
  2. All entries received in a particular month will be eligible to win the prizes offered for that particular month. Entries will not be carried forward to the next or following month.
  3. All winners of the Contest will be selected via a pre determined electronic selection system (subject to terms & conditions as determined by PETRONAS).
  4. During each month of the Contest Period, one thousand (1000) winners will be selected to win the Consolation Prizes and one (1) winner will be selected to win the Grand Prize, as more particularly mentioned in Item 9 below. In addition, for the months of February 2008 and March 2008, an additional one (1) winner selected to win the Grand Prize will be a Kad Mesra Cardholder.
  5. The prizes (“Prizes”) for the Contest are as follows: -
December 2007 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of Subaru Impreza for one (1) winner

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)
January 2008 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of Honda Civic Type R for (one (1) winner)

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)
February 2008 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of Mitsubishi Evo 9 for (one (1) winner)

One (1) Unit of Mini Cooper S for (one (1) Kad Mesra winner)

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)
March 2008 Grand Prize of the Month

One (1) Unit of BMW 320i (E90) AC Schnitzer for (one (1) winner)

One (1) Unit of Audi TT Coupe Quattro for (one (1) Kad Mesra winner)

One thousand (1000) units of Consolation Prizes

1st - 500th Prize: RM400 of cash ( Five hundred (500) winners)

501th -1000th Prize: RM100 of cash ( Five hundred (500) winners)
  1. The names of all Prize-winners will be notified through publication in major local newspapers, on the www.mymesra.com.my and www.realrewards.com.my websites.
  2. The Grand Prize winners shall be bound by further terms and conditions as determined by PETRONAS at its sole discretion.
  3. All Prizes must be claimed within six (6) months from the date of publication of the winners’ names mentioned in Item 10 above. All Prizes are not exchangeable for cash or any other items or packages.
  4. PETRONAS reserves the right at anytime at its absolute discretion without prior notice, to substitute any of the Prizes with other items of similar or higher value.
  5. Prizes are non-transferable and each Prize winner is entitled to only one (1) Prize per month.
  6. PETRONAS reserves the right to choose the specifications of the Prizes and PETRONAS decision on this matter is final.
  7. All Prizes given are on an “As Is Where Is” basis and title in the Prizes and any risk of loss or damage to the Prizes passes to the Prize winners upon physical delivery of the Prizes to the Prize winners. PETRONAS shall not be liable or obliged to recognize or replace any defective, lost, damaged or stolen Prizes or for any matter regarding maintenance, warranty or any additional costs and/ or fees for all Prizes given away.
Miscellaneous
  1. By entering or participating in the Contest, each and every Cardholder hereby fully and unconditionally agrees and accept all terms and conditions here in contained and agrees that the decisions of PETRONAS regarding the Contest and all matters relating to or in connection thereto are final and binding and no queries, appeals or correspondences will be entertained.
  2. Non-compliance by the Cardholders, contestants and/or winners with any of the terms and conditions herein shall entitle PETRONAS to disqualify any entry and/or revoke any prize awarded.
  3. PETRONAS reserves the right to shorten, extend or end the Contest Period at anytime prior to the expiry of the Contest Period without prior notice and reserves the right to vary, to modify, delete or change any of the terms and conditions here in at anytime at its absolute discretion without prior notice.
  4. PETRONAS reserves the right to use the names, addresses, photographs, information and documents of the Cardholders, contestants and/or winners in advertisements, other form of publicity or future marketing purposes from time to time and participation of the Cardholders contestants and/or winners in the Contest constitutes their consent to such use, without further payment or consideration or notice.
  5. PETRONAS shall not be held responsible or liable for any claims of loss or damage to property or personal injury or loss of life by the Cardholders, contestants, winners and/or any party resulting from or arising out of or in connection with this Contest or the prizes given under this Contest.
  6. These terms and conditions prevail over any provisions or representations contained in any brochure or other promotional materials advertised under this Contest.
  7. In the event of any inconsistency between the English Language and the Bahasa Malaysia versions, the terms and conditions in the English version shall prevail.

Saturday, December 8, 2007

Gambar Spyshot Proton BLM 2008


Lawa & mengancam sungguh model terbaru Proton ini. Proton BLM ini bakal merubah persepsi anda terhadap Proton selama ini. Model ini juga bakal menyaingi model-model Perodua seperti Myvi dan Viva. Jadi sama-sama lah kita tunggu kemunculan semasa pelancarannya pada tahun hadapan bersama model Proton Gen 2 Facelift CPS.


Thursday, November 15, 2007

Keputusan UPSR 2007 Hari Ini

Keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007 akan dikeluarkan hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, semua calon boleh mendapatkan keputusan mulai pukul 10 pagi di sekolah masing-masing.

Seramai 511,519 calon menduduki UPSR iaitu 504,537 orang atau 98.6 peratus calon sekolah kementerian dan 6,982 calon sekolah swasta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post