Showing posts with label Dell. Show all posts
Showing posts with label Dell. Show all posts

Tuesday, June 26, 2007

3 Model Baru - DELL Computer Malaysia


DELL Malaysia mengetengahkan semula tiga model terbaru komputer notebook siri Latitude D630, D830 dan D531 yang disasarkan untuk segmen pengguna korporat tempatan bagi menepati kehendak proses perniagaan masa kini.

Ketiga-tiga model baru bagi komputer notebook Dell siri Latitude ini ditampilkan dengan pelbagai ciri terkini yang dipertingkatkan bagi memenuhi permintaan pengguna. Penghasilan semula tiga model terbaru ini yang mengetengahkan ciri peningkatan lebih bertenaga adalah berasaskan maklum balas yang diterima daripada pelanggan Dell.

Model baru ini menawarkan jangka hayat bateri lebih lama sehingga sembilan jam, peningkatan prestasi dan sistem sambungan lebih bertenaga.




Kini, Dell turut menawarkan komputer notebook yang direka dengan kemampuan beroperasi menerusi prosesor Intel dwi teras duaan bagi model D630 dan D830, manakala prosesor AMD Turion 64 serta Sempron untuk model D531.

Harga yang ditawarkan bagi model D630, D830 dan D531 masing-masing adalah RM3,704, RM4,492 dan RM2,675 seunit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post