Showing posts with label Automotif. Show all posts
Showing posts with label Automotif. Show all posts

Wednesday, February 27, 2008

Another Photo of Proton MPV


Photobucket - Video and Image Hosting

Here is another photo of Proton MPV taken at East West Highway during the CarSTUDIO photo shoot last month. Rumours said that Proton will be launch the MPV earlier than what their Managing Director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir said before. This is because of marketing strategy to put the Proton MPV as family car in MPV segment as a successfully automobile as what they achieved like Proton SAGA and Proton PERSONA.

Related Article:
  1. Proton MPV Photo Unveiled

*Updated Info : According to Mr Paul Tan from Paultan.org and another commentator on this blog, this photo is fake. So judge yourself whether it is true or not. Actually I did some searching in the internet and its true.


Sunday, June 24, 2007

Lupus Kereta Lama - RM5000 Baucar

KUALA LUMPUR: Cadangan Projek Skrap bagi melupuskan kenderaan berumur 15 tahun ke atas yang akan dilakukan secara sukarela dan pemiliknya diberikan baucar RM5,000 bagi membeli kereta baru atau terpakai lain dijangka dilaksanakan hujung tahun ini.

Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan Syarikat Kenderaan dan Kredit Malaysia (FMCCAM), Khoo Kah Jin, berkata projek itu akan menyemarakkan kembali sektor automotif negara selain mengurangkan lambakan kereta terpakai dan kereta usang yang tidak selamat berada di jalan raya.

Mengikut cadangan projek itu, katanya, pemilik kereta lebih 15 tahun secara sukarela menyerahkan kereta mereka dan mendapat baucar bernilai maksimum RM5,000 untuk dijadikan pendahuluan membeli kereta lain.

Beliau berkata, cadangan Projek Skrap sudah diperhalusi pelbagai pihak termasuk Persatuan Automotif Malaysia (MAA) yang sudah membawanya untuk pertimbangan Kementerian Pengangkutan.

“Kami difahamkan cadangan itu mendapat maklum balas positif kementerian berkenaan yang akan membentangkan kepada Kabinet untuk kelulusan tidak lama lagi.

“Kami jangkakan pengumuman mengenai Projek Skrap ini dibuat selepas pembentangan Bajet 2008 untuk dilaksanakan hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Khoo berkata, pemilik kenderaan yang mendapat baucar RM5,000 itu boleh memberi kereta baru atau terpakai daripada pengeluar dan peniaga yang menjadi ahli konsortium pelaksana yang akan dilantik kerajaan.

“Nilai baucar adalah subsidi kerajaan yang diperoleh daripada kutipan cukai eksais dan cukai jualan kenderaan... tapi kerajaan akan memperoleh lebih banyak pendapatan menerusi kutipan cukai jualan dan eksais yang dipungut daripada jualan lebih tinggi kereta baru,” katanya.

Beliau berkata, Projek Skrap itu dijangka membantu mengurangkan lambakan kereta terpakai yang kini berjumlah lebih 300,000 bernilai kira-kira RM9 bilion.

Lambakan kereta terpakai ketika ini katanya, menjejaskan jualan kereta baru kerana pengguna tidak dapat menukar beli berikutan harga kereta terpakai yang sangat rendah.

“Jika sesuatu tidak dilakukan sekarang, sektor automotif akan terus menyederhana dan peniaga akan terus menanggung beban. Sebahagian besar ahli kami kini sekadar ‘bertahan’ dalam pasaran dan kebanyakan mereka sudah mengecilkan operasi,” katanya.

FMCCAM adalah antara pihak terawal mengemukakan cadangan itu dan sudah berbincang dengan beberapa pengeluar kereta termasuk Proton untuk melaksanakannya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Presiden Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCDCCA) berkata, cadangan itu perlu dilaksanakan segera bagi meningkatkan kembali jualan kenderaan terutama kereta nasional Proton.

Khoo berkata, berdasarkan kajian, pelaksanaan Projek Skrap akan meningkatkan jualan kereta baru antara 50,000 hingga 100,000 setahun.

Beliau berkata, Projek Skrap wajar dilaksanakan dalam keadaan sekarang terutama dengan mengambil kira harga kereta terpakai yang sangat rendah.

“Kebanyakan kereta yang berumur lebih 15 tahun bernilai sekitar RM5,000 saja seunit. Kereta berumur sebegini sering kali bermasalah dan alat ganti sukar dicari. Jadi, inilah peluang pengguna kereta `tua’ beralih kepada kereta lebih baik.

“Secara purata, kereta terpakai berumur antara tujuh hingga 10 tahun berharga RM10,000 hingga RM15,000 seunit dan pembeli masih boleh mendapat pinjaman,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Recent Post