Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, seorang pelajar tahun dua yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya seorang diri sejak hari Isnin minggu lepas (20/08/2007)Kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu membimbangkan ibu bapanya, lebih-lebih lagi kanak-kanak tersebut perlu memakan ubat setiap hari.
Sekiranya saudara-saudara semua yang mempunyai maklumat mengenai Nurin Jazlin diminta menghubungi telefon bimbit Norazian dan suaminya Jazimin di talian 019-3667067 atau 013- 2486651 dan Biro Pengaduan Awam Pemuda UMNO di talian 019-3255886 atau 03- 40441199 atau pun Balai Polis terdekat.
Bersama-samalah kita mendoakan agar Nurin dapat ditemui. InsyaALLAH..